Kuala Lumpur, 10 Jan 2025, 3.00 petang – PETRONAS digesa supaya lebih berterus terang dengan tindakannya yang dikatakan begitu drastik di dalam isu untuk mengurangkan bilangan kakitangannya secara tiba-tiba. Adakah perkara itu berhubung kait dengan kehilangan hasil disebabkan kerajaan membiarkan Petronas di dalam fasa menjalankan rundingan bersama Sarawak?

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zahid Ibrahim dalam satu kenyataan bertanya kepada Pengerusi Petronas Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz mengapa mencadangkan hasrat sebegitu sedangkan? Petronas merupakan sebuah syarikat yang bertaraf dunia dan mempunyai begitu ramai perkerja tetapi sangat mengejutkan dengan berita untuk mengurangkan kakitangan. Adakah sesuatu perkara yang besar berlaku sehingga ingin membuat keputusan seolah-olah membuang perkerja?

Menerusi coretannya di dalam aplikasi X, beliau berkata, adakah kerajaan tidak mahu mencabar tindakan Pertronas yang melanggar Akta Pembangunan Pertroleum (PDA) 1974?. Beliau mengulas kenyataan yang dibuat oleh Taufik seminggu yang lalu dengan menyatakan Petronas terpaksa melepaskan pekerja mereka kerana perlu memastikan syarikat itu dapat meneruskan kewajipan mereka. Petronas mempunyai 52, 000 dan 16,000 darinya merupakan pemangkin utama.

Zaid juga menggesa satu jawapan diberi adakah syarikat gergasi itu tidak dapat mempertahankan kepentingannya dengan persaingan Petros Sarawak? Beliau juga menggesa supaya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menteri yang berkaitan memberi penjelasan mengenai situasi semasa kewangan Petronas.

Sambil itu Zaid juga meluahkan rasa simpatinya terhadap teknokrat Melayu pintar yang menjadi pentadbir syarikat-syarikat yang besar seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP) , Khazanah dan Petronas. Pada pendapat beliau tentunya mereka ini mengambil berat tentang amanah yang diberikan tetapi orang – orang yang menguasai politik negara lebih berkuasa. Jadi apa yang boleh teknokrat Melayu ini lakukan? Mereka tidak berkuasa untuk membuat keputusan.?

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Bukan Semua Orang Islam Tahu Apa Yang Boleh Dan Apa Yang Tidak Boleh Apabila Berada Di Dalam Majlis Bukan Islam.