Bukan Semua Orang Islam Tahu Apa Yang Boleh Dan Apa Yang Tidak Boleh Apabila Berada Di Dalam Majlis Bukan Islam.
Garis panduan adalah sumber rujukan. Tidak semua orang islam tahu perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa  berada di dalam majlis orang bukan Islam.

Kuala Lumpur, 9 Jan 2025, 10.00 malam – BENAR sekali apa yang dikatakan oleh Ketua Pemuda Umno Malaysia iaitu Datuk Dr Akmal Saleh. Tidak semua orang Islam tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan semasa berada di dalam majlis orang bukan Islam. Maka itu cadangan untuk mewujudkan garis panduan adalah penting untuk dijadikan sumber rujukan apabila menghadiri majlis perayaan atau upacara pengkebumian masyarakat bukan Islam atau apa-apa juga majlis yang di anjurkan oleh mereka.

Merujuk kepada garis panduan adalah perkara yang betul agar kita tidak salah di dalam melakukan sesuatu perkara tambahan pula ia melibatkan agama Islam. Di dalam agama apa pun tentu ada perkara yang patut dan tidak dan tentu sekali ada garis panduan tertentu yang perlu diikuti agar tidak salah disisi undang-undang dan kepercayaan agama tersebut.

Di dalam apa-apa agama di dunia ini tentu sekali ada pegangan dan peraturan serta ritual sebagai panduan untuk dijalankan di dalam sesuatu upacara dan untuk itulah orang-orang Islam tidak digalakkan untuk menyertai upacara seperti pengkebumian atau baptism ( penyucian ) yang dilakukan oleh paderi-paderi Kristian di dalam Greja kerana ia mungkin mampu memesongkan akidah jika termakan atau terminum air atau makanan yang di hidangkan.

Dr Akmal mempunyai alasan untuk menyokong penuh cadangan mewujudkan garis panduan untuk orang-orang Islam yang dicadangkan oleh Menteri Hal Ehwal Agama Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Bin Haji Mokhtar baru-baru ini. Walaupun Dr Akmal mendapat kritikan yang pedas dari berbagai pihak terutama dari DAPSY (Pemuda DAP), beliau tetap juga dengan pendiriannya untuk mempertahankan cadangan oleh JAKIM itu.

Menurut beliau, agama lain atau DAPSY jangan sewenang-wenangnya mencampuri urusan umat Islam di negara ini. Beliau dengan tegas berkata, pemuda Umno bertanggungjawab untuk melawan mana-mana pihak yang cuba mencampuri hal agama Islam dan bangsa Melayu.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Kesan Ubat Yang Dilanggan Di Media Sosial Lebih Mendatangkan Keburukan Dari Kebaikkan ?