Kesan Ubat Yang Dilanggan Di Media Sosial Lebih Mendatangkan Keburukan Dari Kebaikkan
BUKAN sahaja boleh mendapat berita baik dan buruk melalui media sosial, rupa paras, penampilan diri, dan bentuk badan juga akan menjadi cerita yang sensasi di media sosial sekiranya kehidupan hanya bergantung dan menyerahkan diri kita kepada media sosial

Kuala Lumpur, 9 Jan 2025, 9.00 malam – MEDIA sosial kini menjadi satu  bahagian yang paling penting dalam kehidupan manusia di seluruh dunia. Bukan sahaja boleh mendapat berita baik dan buruk melalui media sosial, rupa paras, penampilan diri, dan bentuk badan juga akan menjadi cerita yang sensasi di media sosial sekiranya seluruh kehidupan kita menjadi teman rapat kepada media sosial dengan menatapnya setiap masa tanpa jemu. Apa sahaja yang ingin dicari dan perkara yang kita tidak perlu, hanya perlu merujuk kepada media sosial dengan hanya menggunakan hujung jari. Kisah suka duka dan rahsia kehidupan yang sulit juga didedahkan di dalam media sosial.

Foto merupakan elemen paling bayak dipaparkan di dalam media untuk tatapan umum. Ada yang sanggup menunjukkan seluruh tubuh badan dan paras rupa bagi mencari kecacatan yang boleh diperbaiki dengan membaca semua komen yang ditinggalkan oleh netizen. Tidak kurang juga yang mencurahkan perasaan di dalam media sosial terutama kaum wanita dan remaja yang masih lagi tidak punya pasangan hidup atau kekasih kerana rupa paras yang tidak menarik. Bukan sahaja netizen yang akan hadir di dalam komen untuk menyatakan simpati dan memberi semangat kepada kedua-dua golongan ini, malah segala penjual produk dan usahawan yang mengendalikan bengkel kecantikan akan mula memenuhi ruang komen untuk menjual produk mereka sebagai cubaan untuk mengubah paras rupa agar menjadi cantik.

Ramai dikalangan wanita dan remaja dengan mudah terpengaruh dengan iklan dari produk yang ditawarkan. Bukan sahaja wanita yang tidak berteman yang terpengaruh, malah yang sudah berumah tangga juga dan tidak mempunyai masalah wajah serta mempunyai rupa paras yang cantik juga akan turut melanggan produk yang dijual. Tidak dinafikan terdapat produk kecantikan yang benar-benar memberi kesan yang baik sehingga boleh mengubah rupa paras dari hujung kaki hingga ke hujung rambut serta mendapat kulit yang halus, gebu dan putih dengan mencuba beberapa produk yang dibeli melalui platform media sosial. Tetapi ada juga produk yang dibeli oleh mereka telah menjadikan mereka lebih buruk dan meninggalkan kesan emosi yang sangat mendalam sehingga menyebabkan diri mereka kemurungan kerana kerugian dan telah menjadikan mereka orang yang lain dari biasa apabila rupa paras terutama wajah makin tidak elok disebabkan salah memilih produk.

Begitu kuat pengaruh promosi produk kecantikan dan produk makanan untuk kesihatan dalaman di dalam platform media sosial buat masa kini. Produk ini makin bertambah dari hari ke hari kerana sentiasa ada pelanggan yang membeli dan memberi sokongan kepada pengusaha atau penjual produk tersebut. Sememangnya ia amat baik untuk para usahawan dan pengusaha untuk terus mempromosikan produk mereka bagi membangunkan level keusahwanan ke tahap yang lebih baik dan tinggi, tetapi harus diingat setiap produk mestilah melalui kebenaran dan penelitian dari Kementerian Kesihatan serta mempunyai cop Sirim sebagai mengesahkan bahawa produk itu selamat dipakai dan selamat dimakan.

Ubat kurus merupakan ubat yang banyak dilanggan oleh kaum wanita. Disebabkan ingin menguruskan badan, mereka sanggup melanggan berbagai produk tanpa merujuk kepada pakar kesihatan yang sebenar. Ada diantara kaum wanita yang kehilangan nyawa kerana memakan pil yang tidak diketahui kandungan ubatnya sehingga membuatkan tubuh badan mereka lmenjadi terlalu kurus kerana kandungan ubat yang tidak sesuai dengan badan. Produk untuk melangsingkan badan banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan. Di akhirnya diri sendiri musnah akibat terikut nafsu untuk mengejar kecantikan .

Banyak juga keburukkannya jika terlalu bergantung dan menjadikan media sosial sebagai penasihat kepada kehidupan serta rupa paras anda. Apabila rahsia kekurangan diri didedahkan, maka ramai di antara penjual produk akan mengambil kesempatan untuk melariskan jualan mereka.  Kepada kaum wanita dan remaja wanita akan mula rasa keinginan untuk mencuba tanpa memikirkan risiko dan tanpa merujuk dahulu kepada risalah-risalah dari kementerian kesihatan tentang bahan kandungan yang digunakan di dalam produk tersebut kerana terus percaya bahawa produk itu selamat jika tidak bagaimana ia boleh lepas dan dipromosikan secara meluas di media sosial?

Kesan dari menjadikan media sosial sebagai tempat rujukan bukan sahaja memudaratkan wanita dan remaja yang sunyi tanpa teman dan  tidak cantik, malah ia juga akan memberi kesan yang tidak baik kepada wanita yang telah berumah tangga kerana sekiranya produk yang dibeli memberi kesan yang baik maka rupa paras mereka akan menjadi lebih cantik. Apabila keadaan rupa paras berubah sudah tentu fouder atau pengusaha produk tersebut akan menjadikan wanita tersebut sebagai model produk dan dipaparkan kepada orang ramai di media sosial, Terdapat isteri yang berubah rupa paras juga berubah hati terhadap suami kerana digoda oleh lelaki lain sehingga menyebabkan keruntuhan rumah tangga.

Sebagai manusia, kita bukanlah makhluk yang sempurna. Oleh itu ada kala kita mudah tergoda dengan berbagai-bagai perkara terutama perkara buruk yang sentiasa dibisikkan oleh syaitan jika kita tidak kuat beriman. Namun, sebagai manusia yang diberi oleh Allah akal dan fikiran, gunakan ia sebaik mungkin dan boleh menilai  baik dan buruk perbuatan kita sendiri. Kepada wanita yang berputus asa disebabkan beberapa perkara yang tidak dijangka berlaku, muhasabah diri, bersabar dan terima sahaja apa nasib diri kerana ia merupakan ujian dari Allah kepada kita. Sekiranya rupa paras menjadi lebih teruk, berhenti lah menggunakan apa apa produk. Berjumpa lah dengan pakar di hospital atau klinik untuk mendapatkan rupa paras yang elok kembali dan mungkin ada teknik yang lebih baik untuk mencantikkan wajah. Rujuklah kepada pakar kecantikan sebenar dari merujuk kepada media sosial yang tidak menjamin apa apa kebaikan.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Malaysia Perlu Kekal Sebagai Peneraju Utama Industrial Halal Dunia Kerana Negara Lain Sudah Mula Mengorak Langkah Untuk Memberi Saingan.