Malaysia Perlu Kekal Sebagai Peneraju Utama Industrial Halal Dunia Kerana Negara Lain Sudah Mula Mengorak Langkah Untuk Memberi Saingan.
Sehingga Kini Malaysia terus diiktiraf sebagai peneraju industri halal di peringkat global, dengan nilai industri halal dunia dianggarkan mencecah USD 3.1 trilion menjelang 2025.

Kuala Lumpur, 9 Jan 2025, 3.00 petang – Malaysia terus diiktiraf sebagai peneraju industri halal di peringkat global, dengan nilai industri halal dunia dianggarkan mencecah USD 3.1 trilion menjelang 2025. Namun, persaingan semakin sengit apabila lebih banyak negara mula mengambil langkah agresif untuk memperkukuh kedudukan mereka dalam sektor ini.

Terkini, dunia terus mengorak langkah untuk menguasai pasaran halal, dan Malaysia tidak boleh hanya menjadi pemerhati walaupun Malaysia merupakan peneraju kepada Industri Halal dunia yangΒ  menjadi tempat rujukan utama dalam semua aspek ekosistem halal global. Apa yang perlu di lakukan adalah bergerak lebih pantas dan lebih lebih strategik, serta lebih inovatif untuk memastikan Malaysia m𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐒 hπšπ› π‡πšπ₯𝐚π₯ 𝐆π₯π¨π›πšπ₯ 𝐲𝐚𝐧𝐠 d𝐨𝐦𝐒𝐧𝐚𝐧.

Sehingga Disember 2024, indikator bagi industri halal menunjukkan sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 7.7 peratus pada RM146.6 bilion.

Sebagai Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Penyelarasan Agenda Halal Malaysia, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, telah memimpin usaha merangka strategi baharu yang lebih dinamik dan berkesan untuk melonjakkan jenama halal Malaysia ke tahap lebih tinggi. Fokus utama strategi ini adalah untuk meningkatkan daya saing jenama halal Malaysia di peringkat antarabangsa, memanfaatkan potensi pasaran halal global yang terus berkembang.

Dalam usaha merealisasikan visi ini, enam kluster utama telah dikenal pasti sebagai teras transformasi ekosistem halal Malaysia. Pertama, dasar halal negara akan dikaji semula dan ditambah baik agar selaras dengan perkembangan global serta memenuhi keperluan lebih 1.9 bilion umat Islam di dunia. Penyelarasan antara semua pemegang taruh akan diperhebat bagi memastikan ekosistem halal yang lebih inklusif dan berdaya saing.

Kedua, sistem pensijilan halal akan didigitalisasikan sepenuhnya bagi mempercepatkan serta mempermudah proses permohonan, dengan sasaran mencapai 100% digitalisasi menjelang 2026. Pada masa yang sama, mekanisme pemantauan dan penguatkuasaan akan diperkukuh bagi menjamin kredibiliti pensijilan halal Malaysia, mengekalkan statusnya sebagai antara sijil halal paling diyakini di peringkat antarabangsa.

Ketiga, pelan pembangunan industri halal akan memberi tumpuan kepada sektor bernilai tinggi seperti farmaseutikal halal, logistik halal, dan teknologi makanan, dengan sektor farmaseutikal halal sahaja dianggarkan bernilai USD 134 bilion. Langkah ini bukan sahaja mengukuhkan ekosistem halal domestik, malah akan memacu pertumbuhan industri halal Malaysia yang kini menyumbang sekitar 7.7% kepada KDNK negara.

Keempat, bagi memastikan produk halal Malaysia dapat menembusi lebih banyak pasaran antarabangsa, strategi pemasaran baharu akan memanfaatkan platform digital dan e-dagang secara menyeluruh. Penganjuran MIHAS sebagai pameran halal terbesar dunia akan terus dijadikan landasan strategik untuk menarik pelabur dan pembeli global, dengan sasaran meningkatkan eksport produk halal Malaysia kepada RM63.1 bilion menjelang 2025, berbanding RM40 bilion pada 2023. Malaysia perlu lebih agresif dalam meneroka pasaran halal baharu, khususnya di Asia Barat, Eropah, Amerika, dan Afrika, bagi memastikan produk halal kita terus relevan dan kompetitif di peringkat antarabangsa.

Kelima, pengurusan bakat dan tenaga kerja halal akan diperkasa melalui latihan, pensijilan profesional, serta peluasan program TVET halal bagi melahirkan tenaga kerja yang berdaya saing di peringkat global. Sasaran 50,000 tenaga kerja halal kompeten menjelang 2030 akan menjadi keutamaan, memastikan Malaysia mempunyai modal insan berkualiti yang mampu mengukuhkan kepimpinan negara dalam industri halal.

Keenam, penyelidikan dan pembangunan (R&D) halal akan terus diperkukuh, dengan kerjasama erat antara institusi akademik dan industri bagi menghasilkan inovasi baharu dalam produk dan perkhidmatan halal. Lebih banyak pusat kecemerlangan halal akan diwujudkan di Malaysia bagi memacu inovasi dan kepakaran teknikal dalam bidang halal, menjadikan negara kita sebagai pusat rujukan utama dalam pembangunan teknologi halal global.

Saya yakin kejayaan ini dapat direalisasikan dengan sokongan padu kerajaan, industri, dan masyarakat. Malaysia mesti menerajui transformasi industri halal global, dan dengan strategi yang jelas serta kerjasama erat, InsyaAllah negara kita akan terus menjadi hab halal unggul yang diyakini dunia.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Rancangan Pengambilalihan Gaza OlehTrump Seperti Melakukan Pembersihan Etnik.