Rancangan Pengambilalihan Gaza OlehTrump Seperti Melakukan Pembersihan Etnik.
Sikap melampau Trump dan sekutunya, Benjamin Netanyahu, perlu segera dihentikan. Tindakan mereka ternyata telah mencabuli undang-undang antarabangsa.

Kuala Lumpur, 8 Jan 2025, 9.00 malam – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri, berkata, cadangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk mengambil alih dan mengusir penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza ke beberapa negara di timur tengah tidak boleh diterima dan ia sama sekali menunjukkan keangkuhan Presiden Amerika itu. Malaysia dan seluruh dunia mengecam sekeras-kerasnya perbuatan itu kata bekas perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri. Menurut beliau lagi, ia jelas satu percubaan untuk melakukan pembersihan etnik tanpa menggunakan senjata atau peperangan.

Kegilaan Trump dan sekutunya, Benjamin Netanyahu, mesti dihentikan segera kerana secara terang mereka telah mencabul undang-undang antarabangsa.”Ini adalah isu kemanusiaan. Berapa lama lagi kita mesti menyaksikan rakyat Palestin diusir dan dibunuh di tanah mereka sendiri?” katanya.

Ismail berkata adalah memalukan jika AS, sebuah negara yang mendakwa memperjuangkan keamanan di Timur Tengah dan sering memperjuangkan hak asasi manusia, kini giat berusaha untuk mengusir penduduk Gaza yang telah terainaya sekian lama akibat perbuatan Israel dengan sokongan sekutunya.

“Sebaliknya, pentadbiran AS sepatutnya menyalurkan dana dan bantuan untuk membantu membina semula infrastruktur asas seperti hospital dan sekolah di Palestin yang telah dilanda perang berpanjangan.

Seluruh dunia terutamanya masyarakat Islam, perlu bangun dan menentang kezaliman itu dengan memperakui hak rakyat Palestin dibumi mereka sendiri agar ia tidak hapus dari peta dunia.

Trump juga telah mengesyorkan supaya rakyat Palestin dipindahkan ke negara seperti Egypt dan Jordan tetapi cadangan itu telah ditolak oleh semua masyarakat dan negara-negara di Timur Tengah kerana Bumi Palestin adalah hak rakyat Palestin dan mereka berhak untuk tinggal disana hingga ke akhir hayat mereka.

Kredit – NST/Bernama

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Jangan Salah Faham Dengan Permohonan ‘GAG’ Oleh Peguam Negara Terhadap Kes Addendum Datuk Seri Najib.