Jangan Salah Faham Dengan Permohonan 'GAG' Oleh Peguam Negara Terhadap Kes Addendum Datuk Seri Najib.
Ada pihak yang sedang giat mempolitikkan kes Addendum ini demi kepentingan politik mereka.

Kuala Lumpur, 8 Jan 2025, 3.00 petang – NEGARA kita kini dilanda dengan satu perkataan yang dipanggil ‘GAG’ iaitu perintah yang menghalang maklumat daripada disebarkan atau dikomen tanpa sekatan yang dl kuatiri boleh menjadi bahan fitnah dan ia akan berleluasa sekiranya tidak dibanteras.

Di dalam setengah kes, perintah gag ini amat penting untuk dilaksanakan demi menyekat kebebasan suara yang melampaui batas sehingga mampu menjadi sesuatu yang boleh mengancam keselamatan negara dan boleh mengganggu kes mahkamah yang sedang dibicarakan dan boleh juga mengganggu siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak polis terutamanya.

Biasanya perintah gag ini hanya melibatkan kes berprofile tinggi yang mampu mempengaruhi sesuatu perbicaraan yang boleh mengancam ketenteraman awam.

Namun perlu diketahui juga bahawa perintah gag ini bukanlah satu perintah yang kekal. Ia juga boleh dicabar di mahkamah sepertimana yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib di dalam kes addendum yang didakwa menjalani baki hukuman dirumah seperti yang dititah oleh mantan Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah yang kini merupakan Sultan Pahang.

Di dalam isu yang mengaitkan titah addendum kepada bekas perdana menteri Najib Razak, perlu difahami bahawa, ia dimohon oleh Peguam Negara bagi mengelakkan mana-mana pihak dari membincangkan perkara yang sedang diadili di mahkamah iaitu larangan membahaskan perkara tersebut di Dewan Rakyat.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Undang-Undang dan Reformasi Institusi ) mahkamah belum lagi membuat keputusan mengenai perintah gag bagi kes mantan perdana menteri itu dan beliau meminta supaya semua pihak bersabar. Beliau turut mendakwa ada unsur lain di dalam perkara ini di mana ada pihak yang sedang memainkan titah addendum bagi kepentingan politik mereka.

Oleh itu Azalina meminta supaya semua pihak memahami maksud sebenar perintah gag itu dimohon dan juga mahu rakyat di luar sana tahu bahawa ada kebebasan suara yang perlu disekat kerana ia adalah cubaan untuk mempolitikkan kes titah addendum ini yang mungkin juga untuk meletakkan kesalahan kepada kerajaan kerana menyekat kebebasan suara rakyat dari bercakap yang benar.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

KEPUTUSAN MESYUARAT JEMAAH MENTERI MENGENAI CADANGAN PELAKSANAAN GARIS PANDUAN BAGI MAJLIS MELIBATKAN UMAT ISLAM DI RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM