Kenal Pasti Siapa Yang Mendapat Lesen Bazar Ramadhan. Sekiranya Lesen Berpindah Milik, Terus Segera Dibatalkan
Amaran keras dari Perdana Menteri sendiri, jika lesen berpindah milik batalkan serta merta.

Kuala Lumpur, 10 Jan 2025, 9,00 malam – AMARAN keras  diberikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap mana-mana perniaga yang memohon lesen bazar ramadhan tetapi menjualkannya atau memindahkan lesen tersebut kepada peniaga lain supaya dibatalkan terus lesen tersebut kerana perbuatan itu ternyata adalah satu kesempatan yang diambil oleh pemilik asal lesen tersebut untuk membuat keuntungan dengan mudah atau ‘untung di atas angin sahaja’ tanpa perlu berkerja keras.

Untuk itu, persatuan atau pihak yang menganjurkan atau mewujudkan bazar ramadhan tersebut perlu mengenal pasti peniaga asal yang memohon lesen itu dan tindakan sewajarnya perlu diambil supaya ia menjadi contoh kepada orang lain yang gemar melakukan perkara ini demi mendapat keuntungan dengan cara yang senang. Namun beliau memahami sekiranya pihak persatuan mengenakan cas puluhan ringgit sebagai yuran untuk pembersihan kawasan selepas digunakan atau sebagai pengawasan itu merupakan perkara biasa yang dilakukan dimana-mana pun.

Tetapi untuk tujuan menjual kembali lesen yang diperolehi adalah perbuatan yang salah dan beliau juga turut berkata bahawa perkara seperti ini bukan perkara yang baru berlaku, malah ianya telah lama diamalkan sejak dari dulu lagi dan amalan menarik kembali lesen yang dipindahkan kepada peniaga lain juga telah lama dilakukan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan boleh dijadikan contoh oleh pihak berkuasa tempatan lain.

Menurut beliau lagi, perkara dan kesalahan kecil seperti ini tidak boleh dibiarkan saban tahun berlaku kerana jika tidak diambil tindakan boleh menyebabkan keruntuhan tatakelola yang lebih besar dalam negara dan membiarkan orang-orang yang tiada integriti menguasai perniagaan yang salah di sisi undang-undang dan seterusnya mencemarkan bulan ramadhan yang mulia itu.

Beliau percaya tindakan seperti ini dilakukan di pelabuhan dan di lapangan terbang. Kita tengok beberapa sistem yang lebih kemas dan cekap sekarang tetapi tidak terlepas beberapa pelanggaran yang harus kita pantau,” kata Anwar.Beliau mengajak rakyat melihat beberapa sistem yang telah diperkemaskan dan menjadi cekap tetapi ada kala masih ada lagi yang terlepas pandang sehingga terjadi pelanggaran undang-undang dan untuk itu pemantauan harus terus dilakukan.

Beliau turut mengajak umat Islam di Malaysia untuk memantapkan persiapan diri menjelang bulan suci ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi. Beliau menyeru supaya umat Islam di Malaysia membaca khasiat dan mesej serta risalah mengenai ramadhan supaya ia lebih membawa makna yang kepada kita semua dalam menjalani ibadah.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

PLKN 3.0 :Siri Ke-dua Dan Siri Seterusnya Kehadiran Adalah Wajib. Sekiranya Tidak Dapat Hadir Perlu Beri Alasan Yang Kukuh Berserta Surat Penangguhan.