SYARIKAT KERAJAAN MULA GUNA AI UNTUK AUDIT.
Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, isu tatakelola yang dikesan juga menyebabkan kegagalan Ketua Pegawai Eksekutif memainkan peranan dalam mengurus, menyelia dan menjalankan operasi perniagaan bagi mencapai matlamat atau objektif penubuhan syarikat termasuk anak-anak syarikat terbabit.

Kuala Lumpur, 6 Jan 2025, 9.00 malam – Sistem pengauditan menggunakan sistem berasaskan kecerdasan buatan (AI) adalah penting untuk menangani isu-isu tatakelola yang dikenali pasti dalam syarikat kerajaan, antaranya kelemahan pemantauan terhadap pembentangan dan laporan pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) serta Pelan Strategik syarikat.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, isu tatakelola yang dikesan juga menyebabkan kegagalan Ketua Pegawai Eksekutif memainkan peranan dalam mengurus, menyelia dan menjalankan operasi perniagaan bagi mencapai matlamat atau objektif penubuhan syarikat termasuk anak-anak syarikat terbabit.

Isu lain ialah di mana kerugian yang berpanjangan dan berturut-turut sama ada di peringkat syarikat induk atau anak syarikat dan keuntungan syarikat tidak diagihkan kepada kerajaan sebagai pulangan kepada kerajaan.

“Selain itu, Ahli Jawatankuasa Pelaburan dan Ahli Jawatankuasa Audit yang dilantik tidak boleh memberikan pandangan dan nasihat kepada Ahli Lembaga Pengarah atau Pengurusan Tertinggi syarikat,” katanya.

Perdana Menteri berkata, hampir 2,000 syarikat kerajaan akan diaudit dengan lebih cekap dan sistematik menerusi sistem e-SelfAudit yang dibangunkan oleh Jabatan Audit Negara (JAN) mulai tahun ini.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Peluncuran Pelaksanaan Pengauditan Syarikat Kerajaan yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Institusi Reformasi), Datuk Seri Azalina Othman Said; Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam Baki; Ketua Audit Negara, Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi dan Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Governans Nasional (BPGN) SPRM, Dato’ Idris Zaharudin.

Beliau berkata, pada 20 Mei tahun lalu kerajaan telah mengeluarkan arahan berkaitan Gerakan Pemantapan Tatakelola Nasional: Tatakelola Syarikat Berkepentingan Kerajaan (SBK) dan Syarikat Berhad Menurut Jaminan (CLBG).

Justeru beliau berharap semua pihak akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada JAN khususnya Ketua Audit Negara dalam melaksanakan tugas pengauditan.

#SPRMMalaysia

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Adakah Patut, Seorang Menteri Meninggalkan Tugas Rasmi Untuk Urusan Peribadi??