Adakah Patut, Seorang Menteri Meninggalkan Tugas Rasmi Untuk Urusan Peribadi??
Terdapat juga dakwaan bahawa aset dan kakitangan kerajaan digunakan untuk urusan peribadi termasuk penggunaan kenderaan rasmi dan penglibatan kakitangan kementerian di mahkamah kompleks.

Kuala Lumpur, 6 Feb 2025, 12.00 tengahari – TINDAKAN seorang menteri yang kerap meninggalkan tugas rasmi untuk mengendalikan soal persendirian di mahkamah telah menimbulkan keputusan beberapa pihak kerana ia seolah-olah tidak  menyelesaikan tugas sebenar beliau sebagai seorang menteri yang diamanahkan untuk membantu rakyat. Adakah patut seorang menteri mengutamakan soal peribadinya di mahkamah dan meninggalkan tugas rasmi dan tanggungjawab terhadap negara??

Laporan menunjukkan bahawa, terdapat menteri yang mengutamakan beberapa kes persendirian di mahkamah dalam jangkamasa yang agak panjang dan perkara itu telah menimbulkan persoalan bagaimana seorang menteri boleh meletakkannya hal peribadi melebihi urusan rasmi negara??

Lebih membimbangkan ialah salah satu daripada ketidakhadiran ini  melibatkan acara peringkat negara yang penting seperti pembukaan sidang parlimen oleh Yang di pertuan agong, di mana acara yang sepatutnya menjadi keutamaan bagi mana-mana menteri. Kehadiran seorang raja iaitu payung negara yang berdaulat perlu diutamakan.

isu ini timbul di platform edisi penyiasatan telegram yang mana ramai netizen mempersoalkan tentang sikap seorang menteri  yang melanggar prinsip tadbir urus yang baik yang  menjadi amalan selama ini. Adakah pegawai kerajaan atau menteri boleh  meninggalkan tugas mereka atas urusan peribadi? adakah menteri dibenarkan bebas tanpa sekatan untuk mengutamakan hal peribadi berbanding tanggungjawab kepada negara?? Adakah kerajaan pusat mengetahui mengenai perkara ini??

Terdapat juga laporan yang mendakwa bahawa aset dan kakitangan kerajaan digunakan untuk urusan peribadi termasuk penggunaan kenderaan rasmi dan penglibatan kakitangan kementerian di mahkamah kompleks. Sekiranya dakwaan ini benar, ia boleh dianggap sebagai salah guna kuasa di bawah Akta SPRM 2009 yang melarang penyalahgunaan jawatan untuk kepentingan peribadi.

Rakyat kini menuntut jawapan yang telus daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak berkuasa berkaitan. Adakah akan ada siasatan ke atas kemungkinan penyalahgunaan sumber kerajaan? Atau isu ini akan diabaikan?

Dalam demokrasi yang diamalkan di Malaysia, ia sepatutnya mementingkan ketelusan dan akuntabiliti, Setiap pemimpin perlu bertanggungjawab terhadap tindakan mereka. Menteri berkenaan digesa tampil memberi penjelasan. Adakah kerajaan akan mempertahankan komitmen terhadap integriti atau isu ini disembunyikan begitu sahaja.?

Di mana sumpah janji semua menteri yang terlibat sebelum gabungan parti anda menjadi kerajaan dulu.? Kejujuran, ketelusan, keadilan, hak bersuara, tidak mahu melakukan salah guna kuasa dan berbagai-bagai lagi janji-janji seperti yang tercatit di dalam manisfesto kepada rakyat.?

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

SPRM Mencadangkan kepada KBS Supaya Memberi Penekanan Dalam Memilih Calon Felo Perdana Yang Berpotensi Untuk Menjawat Jawatan Penting Di dalam Kerajaan Kelak.