SPRM SYOR PERKUKUH TATAKELOLA BERHUBUNG AMALAN, SISTEM DAN TATACARA KERJA BERHUBUNG PROSES PENGAMBILAN CALON PESERTA PROGRAM FELO PERDANA OLEH KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (KBS)
Pengarah BPT SPRM, Datuk TPj Mohd Zaki Hassan memberikan penekanan terhadap kepentingan pemilihan calon peserta Program Felo Perdana yang berintegriti tinggi

Kuala Lumpur, 5 Jan 2025, 3.00 petang –  BELIA harapan negara. Kata-kata ini perlu diperingatkan kepada golongan tersebut supaya sentiasa menerapkan nilai-nilai kepimpinan dan jati diri untuk menjadi rakyat yang boleh dibanggakan oleh negara suatu ketika nanti. Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) perlu memainkan peranan lebih serius dalam mendidik anak-anak muda supaya meletakkan kepentingan negara terlebih dahulu berbanding perkara lain supaya mereka tahu untuk menghargai jasa-jasa pemimpin yang terlebih dahulu  berkorban untuk meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang sentiasa gah dimata dunia. Menerapkan nilai kepimpinan di dalam diri agar menjadi seorang yang boleh dijadikan contoh dan ikutan generasi akan datang.

Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) telah menzahirkan komitmen dengan menyambut baik cadangan penambahbaikan tatakelola yang dibentangkan Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT) SPRM berhubung Proses Pengambilan Calon Peserta Program Felo Perdana oleh KBS melalui sesi menandatangani Laporan Pembentangan Penambahbaikan Tatakelola yang mengandungi lima syor penambahbaikan.

Pengarah BPT SPRM, Datuk TPj Mohd Zaki Hassan memberikan penekanan terhadap kepentingan pemilihan calon peserta Program Felo Perdana yang berintegriti tinggi memandangkan calon peserta yang terpilih berpotensi untuk menjawat jawatan penting dalam Kerajaan kelak. Ini sekaligus melahirkan pemimpin yang berwibawa serta memiliki jati diri yang tinggi.

Pembentangan telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah III BPT SPRM, KPKPj Awang Samsul Baharam bin Bungso.

#SPRMPencegahan
#SPRMMalaysia

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Budaya Berpuak Di Dalam ATM Perlu Dihentikan. Budaya Hormat Menghormati Dan Saling Menegur Dengan Ikhlas Perlu Diperluaskan.