Budaya Berpuak Di Dalam ATM Perlu Dihentikan. Budaya Hormat Menghormati Dan Saling Menegur Dengan Ikhlas Perlu Diperluaskan.
Beliau turut menggesa supaya budaya hormat menghormati dan saling membuat teguran yang ikhlas dan berhemah atas perkara yang baik perlu diterapkan didalam diri warga ATM.

Kuala Lumpur, 4 Jan 2025, 9.00 malam – Panglima Angkatan Tentera (ATM), yang baru dilantik, Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar berkata, budaya berpuak ‘your team, my team, his team’ perlu dihentikan sekiranya mahu menjadikan ATM sebuah angkatan yang kukuh, berintegriti dan bersatu padu.

Budaya berpuak jangan diamalkan supaya ia tidak menjadi ikutan kepada generasi akan datang di dalam angkatan tentera. Tidak dinafikan sikap seperti ini telah wujud dari dahulu dan sesuatu harus dilakukan untuk memecahkan tradisi yang tidak berfaedah itu.

Organisasi yang tiada disiplin dan integriti serta mementingkan hal peribadi akan memecah belahkan pasukan atau organisasi serta melemahkan pentadbiran kerana tiada kesepakatan dan perpaduan dikalangan anggota.

Beliau turut menggesa supaya budaya hormat menghormati dan saling membuat teguran yang ikhlas dan berhemah atas perkara yang baik perlu diterapkan didalam diri warga ATM. Keakraban perlu dibina atas asas kepercayaan dan keikhlasan demi menjunjung sumpah perwira yang telah mereka lafazkan.

Pada masa yang sama pembangunan modal insan dan penjagaan kebajikan anggota menjadi keutamaan ATM. Keperluan dan kebajikan anggota perlu diberi keutamaan. Ia merangkumi dari berbagai sudut termasuk pertukaran anggota, tempoh penugasan, kenaikan pangkat serta kursus yang dihadiri untuk meningkatkan kompetensi.

Tegas beliau lagi, pemilihan pegawai harus berasaskan pencapaian sejak awal perkhidmatan, termasuk kursus yang dihadiri serta keputusan yang dicapai. Ini perlu dilakukan bagi menilai pencapaian dan menggalakkan mereka bersaing secara baik dan sihat di dalam perkhidmatan.

Persekitaran kerja yang baik dan harmoni, adalah antara faktor utama yang perlu diperkukuhkan.”Ini untuk memastikan keberkesanan dan kesejahteraan anggota serta tiada kecacatan dalam melaksanakan sesuatu penugasan yang diamanahkan,” katanya.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Maahad Tahfiz Akan Diserap Di dalam Program TVET Untuk Melahirkan Hafiz Profesional.