
Kuala Lumpur, 4 Jan 2025, 6.00 petang – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET negara berkata, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan pihak beliau mencadangkan pengiktirafan SKM tahap 3 setaraf Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM) dan SKM tahap 5 setaraf Diploma.
Pada masa yang sama kerajaan juga sedang mengusahakan pengiktirafan terhadap pelajar tahfiz yang berjaya menghafaz 20 juzuk Al Quran untuk dianugerahkan dengan SKM tahap 3 yang setaraf dengan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM) dan SKM 5 setaraf setaraf Diploma.
Ahmad Zahid berkata, walau bagaimana pun pengiktirafan yang diberi kepada lepasan tahfiz itu hanya melibatkan sekolah tahfiz yang berdaftar berdaftar sahaja. Sekolah yang tidak berdaftar tidak akan termasuk di dalam program ini. Lepasan Tahfiz yang menyertai program TVET tidak perlu menduduki peperiksaan atau Diploma.
Semenjak Ahmad Zahid menjadi Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET negara, beliau telah telah menaiktaraf pelajar Maahad tahfiz untuk menyertai dan belajar mengenai kemahiran di dalam pembelajaran TVET. Ini dilakukan sebagai usaha untuk memperbaharui sistem pendidikan agar lebih maju dan menjadikan para pelajar tahfiz ini sebagai pelajar yang profesional yang mampu menguasai bukan sahaja bidang Al quran malah turut menguasai bidang kemahiran yang bermutu tinggi.
Ahmad Zahid turut menggesa para pemilik Maahad Tahfiz yang belum berdaftar agar segera melakukannya demi untuk melayakkan para pelajar mereka menyertai program yang begitu banyak manfaat kepada mereka. Buat masa ini hanya 1,199 Maahad dan Institusi Tahfiz yang berdaftar di negara ini manakala 2,500 lagi masih belum melakukannya.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita :