
Kuala Lumpur, 4 Jan 2025, 3.00 petang – PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bercadang untuk melaksanakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP ) sebanyak dua peratus kepada pekerja asing dan majikan berbanding cadangan yang disebut pada awal dahulu iaitu sebanyak dua belas peratus.
Menurut YB Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia, pengumuman kadar tersebut akan dikekalkan sementara kajian lanjut untuk memastikan kesesuaian di masa hadapan. Selain itu cadangan ini juga akan dilaksanakan secara berperingkat dan ia akan dibincangkan di mesyuarat kabinet pada minggu ini.
Pada pembentangan perbelanjaan bagi tahun 2025, perdana menteri menegaskan bahawa beliau akan mewajibkan semua pekerja asing untuk mencarum dan akan memberi layanan yang adil sepertimana yang diperolehi oleh warga tempatan.
Oleh itu Kementerian Kewangan juga turut mencadangkan supaya kadar caruman KWSP diselaraskan untuk warga tempatan dan warga asing serta pekerja kontrak yang baharu dengan kadar permulaan 2.0 dan seterusnya meningkat dalam jangka masa enam tahun sehingga ia mencapai setaraf dengan pekerja warga tempatan. Ini bermakna pekerja akan menyumbang sebelas peratus dan majikan akan menyumbang dua belas peratus.
Dengan peningkatan kos untuk menggaji tenaga kerja manusia, ia diharap dapat mendorong majikan untuk beralih kepada mesin dan memanfaatkan automasi sekali gus dapat mengurangkan kos operasi, pada masa sama memperkasa keupayaan tenaga kerja warganegara.
Kredit- Jabatan Penerangan Malaysia.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita: