Hak Kebebasan Bersuara.
Hak kebebasan bersuara adalah hak manusia yang dikurniakan akal yang rasional untuk mencari natijah yang terbaik dalam kehidupan mereka dalam semua aspek.

Kuala Lumpur, 1 Februaru 2025, 5.00 petang – HAK kebebasan bersuara adalah hak bagi setiap manusia untuk berkata-kata mengikut akal yang rasional bagi mencari solusi yang terbaik dalam kehidupan mereka dalam semua aspek. Oleh itu, kebebasan bersuara adalah kebebasan memberikan pendapat, pandangan, tindakan mencari tanpa mengira saluran yang digunakan.

Disisi Islam, ada beberapa disiplin dan syarat dalam menyatakan hak mereka untuk bersuara dan berpendapat. Ini kerana, jika tidak mengikut disiplin dan syarat-syaratnya maka samalah kebebasan bersuara tersebut sebagaiamana yang dipelopori oleh golongan-golongan Sekular dan Liberal di Barat sebagaimana kaedah disisi Machiavelli .

Sebab itulah Islam meletakkan beberapa guideline asas sebagai penjagaan kepada hak kebebasan bersuara agar sesuai dengan apa yang dikehendaki oleh Allah taala. Antara pra-syarat asas adalah empat perkara iaitu:

  1. BERTUJUAN UNTUK MENEGAKKAN KEBENARAN DAN KEADILAN
  2. MENOLAK KEZALIMAN DAN KEFASADAN
  3. TIDAK MEMAKSA DAN MENEKAN UNTUK MENERIMA SESUATU PANDANGAN
  4. MENGHORMATI DAN MEMULIAKAN HAK-HAK INDIVIDU LAIN
  5. MENJAGA ELEMEN DAN PERKARA ASAS SEBUAH KOMUNITI MASYARAKAT DARIPADA KEHANCURAN

Oleh itu, semua orang terutama di dalam arena politik, kaum dan komuniti di galakkan untuk  sentiasa mewujudkan perbincangan dan perdebatan secara diplomasi antara agama-agama yang lain dengan mengemukakan hujjah dan berbincang untuk mewujudkan kefahaman yang boleh menjaga keamanan bermasyarakat walaupun berbeza dari aspek kepercayaan beragama dan kaum.

Rakyat tidak perlu takut untuk bersuara untuk menegakkan kebenaran dan keadilan. Dengan bersuara, kezaliman boleh ditolak kerana ia boleh menyebabkan satu penginayaan besar terhadap masyarakat dan kesannya akan dapat dirasai oleh generasi akan datang dan kemungkinan akan mendatangkan ketakutan disebabkan melihat kepada pengalaman yang lalu yang telah ditempohi oleh orang-orang terdahulu.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Mengapa Orang Melayu Tidak Boleh Berjaya Di Dalam Perniagaan??