Mengapa Orang Melayu Tidak Boleh Berjaya Di Dalam Perniagaan?
TERDAPAT di kalangan orang Melayu sendiri yang mengatakan, Melayu tidak boleh berjaya kerana kaum ini tidak mempunyai semangat untuk menyokong di antara satu sama lain di dalam dunia perniagaan.

Kuala Lumpur, 1 Feb 2025, 4.00 petang – TERDAPAT di kalangan orang Melayu sendiri yang mengatakan, Melayu tidak boleh berjaya kerana kaum ini tidak mempunyai semangat untuk menyokong di antara satu sama lain di dalam perniagaan. Orang Melayu mempunyai sifat dengki dan iri hati terhadap kaum sendiri yang berjaya terutama di dalam bidang perniagaan. Apa yang lebih mengejutkan adalah, kaum ini suka menghantar ilmu hitam seperti “santau” untuk membunuh orang lain yang berjaya di dalam perniagaan dengan tujuan untuk membunuh??

Berbanding dengan kaum lain, kaum Melayu dikatakan tidak mengangkat kaum sendiri untuk berjaya didalam perniagaan kerana bimbang peniaga yang baharu itu akan lebih berjaya dan mereka tidak suka sekiranya orang itu mendahului didalam berbagai hal kerana sudah tentu orang itu akan lebih dihormati. Pendek kata orang Melayu suka dengki dengan kaum sendiri. Sama ada dakwaan ini benar atau tidak, apa yang kita dengar masih belum menunjukkan bukti yang jelas. Ianya cuma kata-kata kosong sebagai hiburan di telinga.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, orang Melayu sepatutnya perlu menjana kekayaan melalui bidang perniagaan. Tetapi budaya yang orang Melayu bawa masa kini bukan budaya berniaga. Oleh sebab itu orang Melayu tidak cekap dalam perniagaan. Tetapi perkara ini boleh diatasi sekiranya kita boleh buat latihan sehingga cekap dalam perniagaan.

Menurut bekas perdana menteri itu, tetapi terdapat banyak tindakan-tindakan yang merugikan orang Melayu kerana kita sudah banyak ketinggalan. Namun jika kalau diberi peluang, kita tahu cara-cara untuk mengatasi masalah ini,” katanya.

Harus kita ingat bahawa dahulu Orang Melayu menghadapi lebih banyak masalah, bukan itu sahaja, kita sering di tekan oleh kaum lain yang lebih arif di dalam bidang perniagaan terutama dari segi bekalan dimana mereka menguasai semua gudang dan kilang termasuk ejen dari luar negara yang menjadi rakan kongsi mereka.

Tetapi dengan beberapa dasar yang telah di rangka oleh kerajaan waktu itu, termasuk usaha yang gigih dari Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, maka kita bangkit untuk mengejar dan menempatkan diri hampir setaraf dengan kaum lain yang lebih berjaya. Walau pun tidak ramai yang berjaya, tetapi terdapat seorang atau dua orang peniaga Melayu yang tersenarai di dalam senarai jutawan di Malaysia.

Ingatlah apa yang disebut oleh Tun Mahathir ini, orang Melayu mesti memulakan budaya berniaga untuk dijadikan tradisi supaya kelompok peniaga Melayu yang besar dapat dibina. Walau pun hari ini, terdapat ramai orang Melayu yang telah berjaya menjadi jutawan di dalam perniagaan, tetapi kita perlu menjadikan orang Melayu yang sebaris dengan kaum lain yang mampu menguasai sesebuah negara dengan memegang ekonomi dan negara tersebut akan jatuh sekira kaum itu tidak lagi menjadikan perniagaan sebagai budaya mereka.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Mengadakan Pilihan Raya Kecil Merupakan Satu Pembaziran Duit Rakyat.?