
Kuala Lumpur, 28 Jan 2025, 9.00 malam – SETIAUSAHA Organisasi Angkatan Wanita Amanah (AWAN), Anis Afida Mohd Azli, membuat gesaan kepada kerajaan supaya meminda Perkara 54 (1) Perlembagaan Persekutuan agar tidak diadakan pilihan raya kecil (PRK) apabila berlaku kekosongan kerusi luar jangka. Usul ini dianggap menarik kerana beliau berpendapat apabila berlaku kematian kepada penyandang kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, SPR terpaksa bertungkus lumus untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) untuk memilih calon yang baharu dan kerajaan juga terpaksa menanggung perbelanjaan yang besar bagi melaksanakan PRK tersebut.
Bekas Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar pula berkata, untuk mengadakan PRK diperingkat Dewan Undangan Negeri (DUN)sahaja, SPR memerlukan peruntukan sebanyak RM2 juta tanpa dikira lagi keluasan kawasan, pusat daerah mengundi, petugas dan keperluan logistik.
Seorang penganalisis Pilihan Raya, Dr G Manimaran pula menjelaskan, bagi PRK peringkat Parlimen pula, secara puratanya SPR memerlukan kira-kira RM5 juta ke RM6 juta. Dari pandangan rakyat juga ternyata duit dari bayaran cukai oleh rakyat bagai dibazirkan kerana di gunakan untuk PRK tersebut. Disebabkan itu, rakyat juga merasa bosan dan buang masa. Sebagai bukti peratus pengundi yang keluar untuk membuang undi di setiap kali PRK akan menurun.
Jika ditanya pada rakyat mengenai memansuhkan PRK, k kemungkinan mereka akan memilih untuk diadakan Pilihan raya kerana memggunaka perbelanjaan kos yang tinggi dan berlaku juga pembaziran masa. Oleh itu mengenai Kerusi yang ditinggalkan oleh penyandang, buat sementara waktu dibiarkan kosong sehingga Pilihan Raya Umum nanti.
Apa yang penting buat masa ini adalah menjaga keperluan rakyat dan menstabilkan ekonomi. Meneruskan bantuan tunai untuk rakyat amat dituntut pada waktu ini. Jadi elakkan dari menggunakan wang rakyat untuk mengukuhkan kekuasaan politik sahaja.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Jangan Tunduk Kepada Ugutan Ah Long Dan Jangan Meminjam Wang Daripada Mereka.