Jangan Tunduk Kepada Ugutan Ah Long Dan Jangan Meminjam Wang Daripada Mereka.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak sesekali membuat pinjaman dengan mana-mana institusi pinjaman wang tidak berlesen dan mereka juga diingatkan agar tidak terlibat sebagai pekerja ah long untuk membuat khianat walaupun secara paksaan.

Kuala Lumpur, 27 Jan 2025, 10.00 malam – SINDIKET pinjaman wang tidak berlesen atau ah long dikesan menggunakan taktik baharu dengan mengupah peminjam untuk melakukan kerja menyimbah cat termasuk menghantar notis ugutan kepada peminjam lain.

Taktik terbaharu tersebut terbongkar selepas Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menerima dua kes membabitkan dua mangsa berbeza di Sabah.

Bagi individu yang pinjaman mereka tidak diluluskan oleh ah long, mereka ditawarkan untuk bekerja sebagai penyimbah cat atau penghantar notis ugutan dan diberi upah atas kerja dilakukan.

“Bagi peminjam gagal melunaskan pembayaran pula, mereka akan diminta bekerja dengan ah long dan jumlah hutang mereka akan ditolak berdasarkan kerja diselesaikan.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak sesekali membuat pinjaman dengan mana-mana institusi pinjaman wang tidak berlesen dan mereka juga diingatkan agar tidak terlibat sebagai pekerja ah long untuk membuat khianat walaupun secara paksaan.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Mengapa Perbaiki Motor Di Bengkel Melayu Dikatakan Mahal, Tetapi Di Bengkel Cina Tak Merungut pun? Pada Hal Perbaiki Barang Yang Sama??