
Kuala Lumpur, 27 Jan 2025, 5.00 petang – SEORANG anak muda menceritakan bahawa bengkel yang didirikan oleh orang Melayu sangat susah untuk buat keuntungan yang besar seperti bengkel kepunyaan kaum lain seperti orang Cina disebabkan beberapa perkara.
Anak muda itu berkata, ada pelanggan dari kalangan orang Melayu apabila mahu memperbaiki motosikal mereka akan minta supaya tidak dikena kos yang tinggi. Sekiranya mereka merasai bahawa harga bayaran perbaiki motor agak mahal, ada diantara mereka akan berkata, ini merupakan kali pertama dan terakhir mereka hantar motor disini untuk diperbaiki kerana harga yang dikena adalah harga “Yahudi” iaitu mahal.
Walaupun pada dasarnya pelanggan itu mengetahui bahawa harga barangan alat ganti tidak seperti harga dahulu kerana kenaikan kos bahan mentah dari masa ke semasa dan juga upah perbaiki harus diambil kira.
Ramai pelanggan yang meminta supaya kurangkan kos perbaiki kerana mereka tahu kos harga alat ganti mesti mahal memandangkan Malaysia mengalami kenaikan kos bahan mentah yang agak mendadak. Pelanggan akan berusaha untuk terus membuat tawaran bagi mendapatkan harga upah yang murah walaupun mereka tahu bukan mudah untuk kurangkan harga kerana adakala tidak setimpal dengan tenaga yang dikeluarkan.
Apabila pelanggan tidak mendapat harga yang seperti yang diminta, mereka akan mula kecil hati dan tidak akan datang lagi ke bengkel milik kaum sendiri dengan alasan upah sangat mahal walaupun telah diterangkan dengan terperinci mengenai bahan-bahan tetapi mereka tetap tidak mahu menerima. Sudah tentu pelanggan tersebut akan mengatakan dengan bangsa sendiri pun tidak mahu bertolak ansur.
Kita semua biasa mendengar, ada pelanggan yang mengatakan lebih baik hantar ke bengkel Cina dari hantar ke bengkel orang Melayu kerana kos yang dikena di bengkel Melayu sangat tinggi. Amat menghairankan apabila taukeh bengkel dari kaum lain membacakan kos barang dan upah yang jauh lebih tinggi dari bengkel kepunyaan kaum Melayu, pelanggan tersebut terus bersetuju tanpa membantah. Mengapa di bengkel kaum sendiri dikatakan mahal sedangkan bengkel kaum lain tiada bantahan walaupun mahal dan barang yang akan diperbaiki adalah barang yang sama. Tiada penambahan??
Taukeh bengkel dari kaum lain biasanya akan menetapkan harga yang menguntungkan syarikat mereka dan tidak akan berganjak dengan keputusan harga yang dibuat. Harga mereka mesti tetap. Sama ada pelanggan mahu atau tidak, mereka tidak akan kurang, jika ada kekurangan pun mungkin pada kos lain yang tidak akan didedahkan. Berlainan dari bengkel kaum sendiri yang diminta supaya diperjelaskan satu persatu.
Kesimpulannya disini, perniagaan kaum lain menjalankan perniagaan dengan tegas serta tetap dan satu perkara lagi, kaum lain mudah mendapat peralatan yang diperlukan dengan harga lebih murah kerana pembekal mungkin dari kaum mereka sendiri?? Sifat kaum lain yang sentiasa melonjakkan perniagaan kaum sendiri untuk sama-sama berjaya.
Adakah peniagaan kaum sendiri atau kaum Melayu mempunyai sifat begitu?? Seperkara lagi, peniaga Melayu biasanya mudah luntur hati. Terlalu baik dan takut pelanggan lari? Jadi terpaksa tolak ansur walaupun untung yang diraih tidak setimpal dengan kederat yang keluar. Satu perkara lagi, prinsip peniaga Melayu, pelanggan sentiasa benar??
Sudah tiba masanya kaum sendiri wajib jadi seperti kaum lain yang menyokong perniagaan kaum sendiri. Buangkan sikap pentingkan diri sendiri. Anggap semuanya seperti keluarga. Biar sama-sama untung dan tiada yang rugi.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Malaysia Menghuni Tangga Ke-12 Dalam Senarai Indeks Pasport Berkuasa Di Dunia Bagi Tahun 2025.