
Kuala Lumpur, 27 Jan 2025. 3.00 petang – MENERUSI Senarai Kedudukan Kuasa Pasport Global yang dikeluarkan pada tahun ini iaitu 2025, Jepun dan Singapura mendominasi kedudukan teratas sejak lima tahun lalu bukan sahaja di Asia malah di seluruh dunia. Malaysia dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pula terikat di kedudukan ke-12 dengan rakyatnya boleh mengunjungi 183 destinasi berpandukan indeks yang dikeluarkan oleh sebuah firma penasihat kewarganegaraan global dan kediaman, Henley & Partners yang menggunakan data daripada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Kini pasport Malaysia berjaya mengekalkan kedudukan pada senarai pasport you global paling berkuasa dengan menduduki tempat ke-12 menerusi senarai Henley Passport Index 2025. Dengan menduduki tempat tersebut, pasport Malaysia mampu menawarkan akses tanpa visa ke lebih 183 buah negara dan keperluan visa 43 buah negara di dunia.
Singapura, masih lagi menghuni kedudukan teratas dengan memiliki prestasi pasport paling berkuasa di dunia. Ia juga berada di kedudukan pertama di Asia dan juga di Asia Tenggara. Manakala Malaysia pula berkedudukan di tempat kedua di Asia Tenggara diikuti oleh Brunei (20), Thailand (61), Indonesia (66), Filipina (75), Kemboja (89), Vietnam (91) dan Myanmar (94).
Setiap tahun, data yang dikeluarkan oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menjadi tumpuan para pemerhati dan pelancong untuk melihat negara mana yang menjadi tumpuan para pengembara di seluruh dunia untuk dilawati. Persatuan ini juga menyusun kedudukan pasport berdasarkan bilangan destinasi yang boleh dilawati oleh pemegang mereka tanpa memerlukan visa.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Kini Warga Asing Sudah Mempunyai Klinik Haram Yang Dijalankan Oleh Doktor Palsu.