
Kuala Lumpur, 6 Jan 2025, 9.00 malam – Bank Dunia mempunyai asas yang kukuh untuk membuat saranan ini bagi meningkatkan kecekapan sistem percukaian negara serta mengurangkan ketidaksamaan ekonomi dalam kalangan rakyat.
Bank Dunia berpendapat, kutipan cukai tidak langsung Malaysia terkini adalah rendah iaitu pada kadar 3% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan kurang berbanding purata negara berpendapatan rendah (LIC).
Disebabkan ketidakseimbangan cukai buat masa ini, adalah amat wajar untuk memperkenalkan semula GST atau VAT, yang secara meluas dianggap sebagai salah satu cukai paling cekap dalam sistem percukaian sesebuah negara dan boleh dilaksanakan secara meluas dan pantas. Cukai GST diguna pakai oleh lebih 160 negara di dunia kerana ia merupakan satu sistem yang tidak boleh dimanipulasikan serta mampu mengesan ketirisan yang berlaku.
Bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin juga berpendapat, Perdana Menteri Anwar Ibrahim perlu mempertimbangkan untuk memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 2026 sebagai sebahagian daripada pembaharuan struktur ekonomi kerajaan.
Memandangkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) meningkat daripada 6% kepada 8%, bekas ketua Pemuda Umno itu berkata kerajaan perlu terus mengembangkan asas cukainya dengan pengenalan semula GST. Beliau menggesa supaya perdana menteri melaksanakan ‘habis-habisan’ dengan GST kerana ada kenaikan dalam SST.
Bank Dunia turut menyatakan bahawa manfaat tersebut adalah agak kecil berbanding negara berpendapatan menengah atas sekiranya manfaat kesihatan dan pendidikan bukan tunai diambil kira. Bagi meningkatkan prestasi sistem fiskal Malaysia dalam mengurangkan ketidaksamaan:
- Penghapusan subsidi bahan api.
- Pengenalan semula GST tanpa pengecualian.
- Pemberian rebat cukai kepada isi rumah miskin.
- Peningkatan perbelanjaan bantuan sosial sehingga mencapai 1.5% daripada KDNK dengan penyaluran lebih baik kepada golongan termiskin.
- Pembaharuan PIT.
- Penggunaan hasil tambahan untuk meningkatkan pelaburan dalam sektor kesihatan.
“Ini akan mengangkat kesan pengurangan ketidaksamaan sistem fiskal Malaysia daripada kedudukan separuh terbawah ke separuh teratas dalam kalangan negara-negara lain.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita: