Gaji minimum Pada Kadar RM1,700 Sebulan Yang Berkuatkuasa Esok 1 Februari 2025
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) memaklumkan, Perintah Gaji Minimum baharu berkuat kuasa di seluruh negara itu ditetapkan kepada majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih.

Kuala Lumpur, 31 Jan 2025, 6.00 petang – PUTRAJAYA: Gaji minimum pada kadar RM1,700 sebulan yang berkuatkuasa esok 1 Februari 2025 akan memberi memanfaatkan 4.37 juta pekerja.

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) memaklumkan, Perintah Gaji Minimum baharu berkuat kuasa di seluruh negara itu ditetapkan kepada majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih. Manakala, bagi majikan yang menggajikan kurang daripada lima orang pekerja, tarikh kuatkuasa akan bermula pada 1 Ogos 2025.

Langkah yang bakal memanfaatkan 4.37 juta pekerja selaras dengan agenda Ekonomi MADANI yang menekankan keadilan sosial dan kesejahteraan rakyat bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan serta inklusif.

Pelaksanaan Perintah Gaji Minimum ini merupakan salah satu pendekatan besar KESUMA dalam meningkatkan pendapatan selain pelaksanaan Dasar Gaji Progresif dan usaha merancakkan latihan kemahiran sebagai kaedah meningkatkan keberhasilan dan gaji pekerja.

Untuk rekod, gaji minimum sebelum ini ditetapkan pada RM1,500 sebulan pada Mei 2022 berbanding RM1,200 sebelum itu.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Singa DAP Akan Jadi Kucing Hutan Jika Terus Bersikap Sombong – Annuar Musa