Singa DAP Akan Jadi Kucing Hutan Jika Terus Bersikap Sombong - Annuar Musa

Kuala Lumpur, 31 Jan 2025, 3.00 petang -BEKAS Pemimpin Umno yang kini merupakan Ahli Jawatankuasa PAS pusat dan Pengerusi Mufakat Nasional iaitu Tan Sri Annuar Musa, menyelar DAP kerana menganggap diri mereka sebagai ” singa ” dengan memberi gelaran ” lalat “‘ kepada Ketua Pemuda Umno Malaysia Datuk Dr Akmal Saleh. Menurut Annuar, Umno mampu mengubah kedudukan DAP jika mereka terlalu memandang rendah kepada Umno.

DAP merupakan parti sekutu Umno di dalam Kerajaan Persekutuan. DAP dan pemimpin muda di dalam Umno sering bertelaga disebabkan beberapa isu yang membabitkan agama dan kaum. Pada pandangan Annuar, Umno ada batas kesabaran. Jangan sampai gelaran singa itu bertukar kepada kucing hutan jika DAP terus bersikap sombong dengan bersikap seperti “abang besar” di dalam gabungan parti.

Umno boleh sahaja bila-bila masa untuk menukar singa menjadi kucing hutan jika mereka mahu. Akan sampai masanya DAP terpaksa akur dan tunduk kepada Umno. Apa pun puncanya adalah Umno sendiri yang membuatkan DAP terasa hebat dan besar diri. Satu ketika nanti ngauman singa itu akan kedengaran seperti kucing hutan sahaja. Oleh itu DAP jangan terlalu sombong.

Sebelum ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dari DAP dengan angkuh menggelarkan dirinya sebagai seekor singa dan tidak akan berdebat dengan Datuk Dr Akmal Saleh mengenai isu “sandwic ham” yang mengemparkan negara baru-baru ini. Apa yang mengejutkan lagi, bekas presiden Umno Tun Mahathir seolah-olah mengambil kesempatan untuk merendahkan pemimpin Umno dengan kata-kata hanya sebagai lalat di dalam Kerajaan Perpaduan.?? Atau bersimpati dengan kata-kata seperti hinaan itu??

Menurut Annuar, walaupun beliau bukan lagi sebahagian dari Umno tetapi tetap terasa hati dan turut rasa terhina dengan panggilan tersebut.

Menurut Annuar lagi, Umno tidak perlu berkecil hati dengan kata-kata Tun Mahathir itu. Beliau berkata mungkin Tun Mahathir turut merasa tersinggung dan tidak mahu Umno dipandang hina lagi oleh singa-singa jadian yang angkuh itu. Anggaplah kata-kata Tun Mahathir itu sebagai satu perangsang supaya Umno lebih berani dan tangkas apabila berdepan dengan pemimpin DAP yang kononnya kuat seperti singa itu.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita: