
Kuala Lumpur, 24 Jan 2025, 9.00 malam – SUSULAN dengan kejadian seorang lelaki OKU mental berusia 47 tahun dipukul beberapa individu di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, Terengganu selepas motosikal ditungganginya terlanggar sebuah gerai jualan menyebabkan makanan dijual tumpah dan menimbulkan kemarahan tuan gerai dan beberapa individu lain. Rentetan dari peristiwa itu, ada pihak yang telah membuat desakan supaya lesen memandu bagi golongan OKU ditarik balik.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berpendapat bahawa ada cadangan supaya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menarik semula lesen memandu bagi golongan OKU terutama yang mempunyai masalah mental yang disahkan Kementerian Kesihatan (KKM) patut dilihat secara rasional dan diperhalusi berdasarkan kes.
Tindakan tersebut dilihat tidak adil kepada OKU lain yang memandu secara berhemah di atas jalan raya dan tidak mendatangkan bahaya kepada orang lain. Jika ada segelintir golongan OKU itu yang menimbulkan masalah, ia tidak boleh disamakan kesalahan itu kepada semua golongan OKU. Tambahan pula ada OKU yang memerlukan pengangkutan untuk mencari rezeki bagi menyara keluarga.
Presiden Persatuan Pengguna Jalan Raya Kebangsaan (PPJK), Fahami Ashrof Badaruddin semalam telah membuat gesaan supaya JPJ membatalkan lesen memandu individu disahkan OKU mental. Beliau berpendapat jika membiarkan seseorang yang disahkan tidak waras memandu, ia boleh membahayakan nyawa orang lain.
Fahami Ashrof juga mengingatkan semua orang akan kejadian pada 9 Oktober lalu, dimana tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun maut dilanggar pemandu wanita yang didakwa seorang pesakit mental. Wanita berusia 47 tahun itu dikatakan tidak pernah mendapat rawatan dimana-mana klinik kesihatan atau hospital pesakit mental dan perkara tersebut telah pun disahkan oleh Pejabat Kesihatan Terengganu.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
GiatMara Mewajibkan Pelajarnya Hafal Surah Al-Fatihah Dan Mendalami Ajaran Agama Islam.