GiatMara Mewajibkan Pelajarnya Hafal Surah Al-Fatihah Dan Mendalami Ajaran Agama Islam.
semua pelajar TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) GiatMara, supaya mewajibkan hafal surah Al-Fatihah iaitu dengan mengadakan ujian khas bacaan surah berkenaan dan sekiranya pelajar gagal, Majlis Amanah Rakyat ( MARA) akan mengwujudkan program khas intervensi.

Kuala Lumpur, 24 Jan 2025, 6.00 petang – PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi membuat saranan supaya semua pelajar TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) GiatMara, supaya mewajibkan hafal surah Al-Fatihah iaitu dengan mengadakan ujian khas bacaan surah berkenaan dan sekiranya pelajar gagal, Majlis Amanah Rakyat ( MARA) akan mengwujudkan program khas intervensi pengukuhan fardu ain. Dr. asyraf berkata demikian di dalam facebook miliknya pada Khamis.

Beliau menegaskan perkara itu dibuat disebabkan terdapat pelajar di Giat Mara yang didapati lemah dari segi agama dan bacaan Al-fatihah mereka tidak lancar serta tidak mengikut susunan ayat yang betul. Hal agama perlu dititik beratkan oleh semua pihak kerana agama merupakan panduan kehidupan bagi pelajar-pelajar yang beragama Islam.

“Program intervensi ini akan dilaksanakan secara berstruktur bagi diintegrasikan dalam kurikulum dan silibus latihan kemahiran TVET”. Katanya lagi.

Beliau turut menegaskan agenda MARA, iaitu program TVET negara mesti dipadukan dengan menerapkan pembinaan jati diri dan mendalami kerohanian. Misi dan Visi MARA adalah untuk melahirkan pekerja yang mahir dan mampu membina jati diri, akal budi dan memperkasakan ajaran agama sebagai panduan.

Seterusnya Dr. Asyraf berkata, MARA mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap pelajar dan mahu menjadi pembuka jalan untuk masa depan yang lebih cemerlang kepada para pelajar dibawah naungannya. MARA merupakan peneraju TVET yang mampu memberi pendidikan yang berkualiti tinggi dan memberi kesan yang baik terhadap para pelajar dan memartabatkan TVET sebagai pembekal tenaga kerja yang berkualiti.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

STR Fasa 1 Bagi Tahun 2025 Telah Mula Disalurkan Mengikut Kategori.