
Kuala Lumpur, 23 Jan 2025, 10.00 malam – Sumbangan Tunai Rahmah (STR)Â 2025 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat, di mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM. Bantuan tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu akan diteruskan dengan mengambil kira beban yang ditanggung rakyat saat ini. Usaha Kerajaan Madani meneruskan bantuan tunai kepada rakyat adalah satu kewajipan yang amat baik dan mulia.
Pembayaran STR Fasa 1 2025 telah disalurkan mulai hari ini secara berperingkat mengikut kategori kelayakan penerima.
Kerajaan telah menambahbaik peruntukan STR Fasa 1 pada tahun ini berjumlah RM2.3 bilion, berbanding RM2.1 bilion pada tahun lalu.
Secara keseluruhan, program STR dan SARA pada tahun ini akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima atau 60% daripada penduduk dewasa.
Soalan lazim (FAQ) dan semakan status kelayakan STR boleh didapati di Portal Rasmi STR:
đŸ”—bantuantunai.hasil.gov.my
#Belanjawan2025 #EkonomiMADANI #MADANIBekerja
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Latihan Pentauliahan Koordinator Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Secara Percuma.