
Kuala Lumpur, 23 Jan 2025, 4.00 petang – MENTERI Sumber Manusia Steven Chee Keong berkata, Kementeriannya akan menyediakan latihan akreditasi secara percuma kepada Penyelaras keselamatan dan Kesihatan (OSH) iaitu seramai 10,000 orang daripada sektor Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS). Menurut Sim, latihan pentauliahan yang dilancarkan oleh NIOSH ini menelan belanja kira-kira RM9 juta untuk keseluruhan bajet.
Usaha yang diwujudkan oleh kerajaan ini merupakan satu keperluan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Perkerjaan pindaan terbaharu yang telah dikuat kuasakan mulai tahun lepas dengan mewajibkan setiap syarikat mempunyai seorang koordinator untuk mengawal pekerja yang melebihi lima orang dalam satu syarikat.
Sim berkata, beliau memahami bahawa tentu ada kos tertentu untuk menampung para peserta bagi menyertai kursus latihan penyeliaan ini dan kemungkinan besar RM1000 akan disediakan bagi setiap peserta untuk tujuan itu. Pada masa yang sama Sim turut membuat pelawaan kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai latihan ini yang dijangka akan bermula pada Februari ini. Oleh itu, NIOSH telah dibenarkan untuk memulakan dan membuka pendaftaran pada minggu hadapan.
Pada majlis ini Sim turut melancarkan Pasport Keselamatan Institusi Kewangan yang dicipta oleh pihak industri bagi mengawal dan memperkuatkan dari segi keselamatan dan persekitaran tempat berkerja. Namun, pasport keselamatan ini merupakan pilihan sukarela kepada pemain industri. Walaupun pasport keselamatan hanya secara sukarela, tetapi pemain industri akan diberi insentif bagi menggalakkan lebih banyak penyertaan. Sehingga kini, NIOSH mempunyai 25 program pasport keselamatan di dalam pelbagai bidang.
Pada Februari tahun lalu NIOSH telah mensasarkan 10,000 peserta tetapi mereka telah menerima 11,000 penyertaan dari seluruh negara bagi program latihan Pertolongan Cemas Psikologi Perkerjaan (OPFA) untuk memberi pertolongan cemas di peringkat awal kepada pekerja terutama kepada yang didapati menghadapi masalah mental. Kursus latihan berkenaan telah diadakan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ).
Sebagai contoh, semasa musim covid-19, ramai dikalangan pekerja mengalami tekanan mental akibat berbagai masalah yang timbul di dalam kehidupan. Tekanan mental ini bukan sahaja dialami oleh sektor perkerjaan sahaja tetapi kepada seluruh masyarakat. Maka itu kerajaan telah mengenal pasti tentang keperluan untuk setiap sektor mempunyai sekurang-kurangnya seorang pemberi pertolongan cemas untuk menangani masalah pekerja dari segi kesihatan mental.
Mengenai kenaikan kadar gaji minima pula, telah pun diumumkan ianya daripada RM1500 kepada RM1700 sebulan berkuat kuasa pada 1 Feb ini sambil memberi peringatan kepada semua majikan bahawa kadar gaji baharu minima bukan sebagai gaji permulaan kepada semua pekerja termasuk golongan graduan. Berdasar data statistik yang disemak, 80 peratus pekerja tempatan hanya menerima RM1700 sebulan dan ia meliputi 4.3 juta pekerja di Malaysia.
Sim, sebelum ini dilaporkan berkata, kadar gaji minimum merupakan gaji untuk pekerja asas yang mempunyai kemahiran akedemi yang rendah. Ini termasuk pekerja yang melakukan perkerjaan 3D ( dangerous, dirty, difficult ). Oleh itu kerajaan telah menyarankan supaya pekerja diberi gaji setimpal berdasarkan kemahiran dan kelulusan akedemik.
Pada pandangan Naib Pengerusi Institusi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Manivanan Gowin, dari sudut keselamatan dan kesihatan pekerjaaan perlu dipertingkatkan dalam kalangan pekerja muda terutama yang terbabit dalam Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta ekonomi gig yang semakin bertambah.
Dari dua cabang yang berlainan, Keselamatan dan Kesihatan lebih mudah diurus untuk pekerja dalam kalangan pelajar TVET kerana ia merupakan hasil kerjasama dengan institusi pengajian berkaitan. Namun, untuk menerapkan soal keselamatan dan kesihatan di kalangan pekerja gig agar sukar. Ini disebabkan bidang pekerjaan gig dikategorikan sebagai berkerja sendiri dan ada yang melakukan secara sambilan.
Tetapi, NIOSH begitu yakin bahawa mereka akan dapat menjalinkan hubungan yang rapat bersama pekerja gig dan TVET melalui inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita.
Falsafah MAIWP. ” Dari Penerima Zakat Kepada Pembayar Zakat “Telah Pun Terlaksana.