Falsafah MAIWP. " Dari Penerima Zakat Kepada Pembayar Zakat "Telah Pun Terlaksana.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah memberi komitmen dalam membimbing anak-anak golongan asnaf untuk mendapat pendidikan yang berkualiti.

Kuala Lumpur, 20 Jan 2025, 6.00 petang – SERAMAI 1,094 graduan Kolej Universiti Antarabangsa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (UCMI) berjaya menamatkan pengajian masing-masing. Ini membuktikan komitmen Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam membimbing anak-anak golongan asnaf untuk mendapat pendidikan yang berkualiti dan dapat menaik taraf kehidupan diri mereka dan keluarga. Kini terbukti falsafah yang dicipta oleh MAIWP iaitu ” dari penerima zakat kepada pembayar zakat” telah berjaya direalisasikan.

Baitulmal telah menyalurkan sebanyak RM25 juta kepada MAIWP bagi membantu siswazah yang berkelayakan sebagai bantuan elaun sara diri, yuran pengajian asasi dan biasiswa MAIWP.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata ia sekali gus telah memperkukuh agenda memperkasa pendidikan asnaf, selain merealisasikan falsafah MAIWP iaitu “Dari Penerima Zakat Kepada Pembayar Zakat”.

“Melalui pendidikan MAIWP berusaha merealisasikan slogan “Dari Penerima Zakat Kepada Pembayar Zakat”. Ini bukan sekadar slogan tapi realiti yang telah dicapai oleh ramai graduan UCMI.

“Anak-anak asnaf ini belajar melalui pendidikan dan mengeluarkan keluarga mereka daripada kitaran kemiskinan kepada keadaan yang lebih selesa. Insya-Allah, mereka ini akan keluar sebagai pembayar-pembayar zakat,” kata Dr Na’im kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) di ibu negara.

Bagi penerima Anugerah Pingat Emas Perdana MAIWP, Siti Nur Syafiqah Badrul Hisham, beban kewangan bukanlah alasan untuk tidak melanjutkan pelajaran, sebaliknya kemudahan dan bantuan yang diberi adalah peluang terbaik untuk dimanfaatkan sebaik mungkin.

“Saya memang nak ubah nasib keluarga saya. Saya tahu saya bukan dari keluarga yang senang. MAIWP yang tanggung semuanya dari segi wang saku bulanan RM500 setiap bulan.

“MAIWP bagi bantuan pek makanan percuma, bantuan pengangkutan. Janganlah jadikan beban kewangan itu alasan untuk tidak sambung belajar kerana adanya agensi seperti MAIWP, sangat menyediakan kemudahan untuk kita,” kata Siti Nur Syafiqah.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Zahid Mahu Isu Sandwic Ham & Cheese Dihentikan. Tetapi Jika Ada Yang Mengapikan Orang Islam Tak Mungkin Akan Diam.