
Kuala Lumpur, 24 Jan 2025, 10.00 malam – EKORAN dari gesaan oleh Ketua Pemuda Umno Malaysia, Datuk Dr Akmal Saleh supaya sistem waktu bekerja berlainan (WBB) yang bakal dikuatkuasakan kepada pekerja penjagaan kesihatan awam ditangguhkan, maka hari ini, projek rintis itu telah dibatalkan dan dibawa untuk penelitian lebih menyeluruh dan ini bermaksud bahawa projek rintis tersebut juga ditangguhkan perlaksanaannya.
Menurut Dr Akmal, beliau bersetuju dengan sebarang penambahbaikan dalam sistem penjagaan kesihatan awam, namun WBB bukan penambaikan yang diharapkan.
Dalam pada itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad telah mengeluarkan kenyataan bahawa cadangan sistem WBB itu tidak dirujuk kepadanya terlebih dahulu. Menurut Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, beliau tidak tahu bahawa surat itu telah dikuatkuasa serta merta dan bila tarikh surat dikeluarkan.
Dr Muhammad Akmal turut menunjukkan satu dokumen bertajuk Pelaksanaan Sistem Waktu Bekerja Berlainan (WBB) Fasa Pertama bertarikh 10 Januari yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ini merupakan satu tindakan yang baik oleh KKM untuk membatalkan sistem waktu bekerja berlainan (WBB) itu untuk diperhalusi semula cadangannya agar dapat memberi manfaat kepada semua pihak dan lebih adil.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita: