Tidak Dibenarkan Bersuara Mengenai Addendum? Di mana Hilangnya Demokrasi Negara Ini??
Menurut bekas perdana menteri itu, dengan adanya titah addendum tersebut, beliau mendakwa akan menjalani baki hukumannya dirumah.

Kuala Lumpur, 14 Jan 2025, 12.00 tengahari – PEGUAM Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan berkata, kerajaan akan membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan perintah larangan agar mana-mana pihak tidak bersuara membincangkan permohonan semakan Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan isu Adendum kerana kes tersebut dikatakan satu isu yang sangat sensitif.

Sebelum ini, Datuk Seri Najib merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, yang menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman terhadap Titah Adendum yang dikatakan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Menurut bekas perdana menteri itu, dengan adanya titah addendum tersebut, beliau mendakwa akan menjalani baki hukumannya dirumah.

Najib meminta perintah mandamus untuk memaksa tujuh pihak selaku responden menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum bertarikh 29 Januari tahun lepas.

Pihak terbabit ialah Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di JPM, dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga ketujuh.

Pada 23 Ogos 2022, Najib dihukum meringkuk di Penjara Kajang selama 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah atas tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Bagaimanapun, pada 2 Februari tahun lalu, Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman itu kepada penjara enam tahun dan denda RM50 juta, menyaksikan Najib akan dibebaskan lebih awal iaitu pada 23 Ogos 2028.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Malaysia Lebih Dihargai Oleh Warga Asing Berbanding Rakyat Sendiri??