KDN Komited Memastikan Integriti & Keselamatan Dokumen Kad Pengenalan Rakyat Malaysia.
Peringatan keras kepada mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti haram seperti ini bahawa tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi.

Kuala Lumpur. 14 Jan 2024, 9.00 malam – Baru-baru ini, seorang lelaki telah dijatuhi hukuman penjara selama 129 bulan atas penglibatan dalam sindiket pemalsuan dokumen kewarganegaraan. Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih pihak berkuasa dalam membanteras jenayah yang amat merbahaya ini.

Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution memberi peringatan keras kepada mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti haram seperti ini bahawa tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi.

Pada masa yang sama, beliau menyeru kerjasama masyarakat untuk melaporkan sebarang kegiatan mencurigakan kepada pihak berkuasa.

KDN akan terus memperkukuhkan penguatkuasaan, meningkatkan pemantauan, dan memodenkan sistem keselamatan bagi memastikan jenayah seperti ini dapat dicegah dengan lebih berkesan.

Sepanjang tahun 2024 yang lalu, negara sering di gemparkan dengan penangkapan beberapa individu dan sindiket yang menjalankan kegiatan menjual dan sewa kad pengenalan demi untuk mendapatkan imbuhan.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Tidak Dibenarkan Bersuara Mengenai Titah Addendum? Di mana Hilangnya Demokrasi Negara ini?