
Kuala Lumpur, 6 Dec 2025, 9.00 malam – Ketua Pengarah RoS, Datuk Mohd Zulfikar Ahmad, berkata ia susulan tindakan beberapa individu dipercayai daripada Pertubuhan Skuad Khidmat Udara Laut dan Darat (PASKAD) mengenakan seragam mirip istiadat ketenteraan ketika menghadiri satu majlis. Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) tidak mempunyai bidang kuasa berhubung isu pakaian mana-mana pertubuhan berdaftar.
Tular satu video selama 1.42 minit antara lain kelihatan beberapa individu berjalan masuk ke satu ruangan seperti dewan dengan berpakaian seragam badan beruniform. Perkara tersebut telah menjadi bualan ramai kerana tidak diketahui dari pasukan mana datangnya kumpulan tersebut.
Setelah disiasat mengenai kumpulan berkenaan ternyata ia merupakan sebuah pertubuhan kebangsaan berdaftar yang berpusat di Shah Alam, Selangor yang di beri nama PASKAD. Ia ditubuhkan untuk memberi sumbangan kebajikan dalam bentuk kewangan, barangan dan peralatan perubatan bagi membantu masyarakat yang terjejas akibat bencana alam, selain menganjurkan program motivasi dan keusahawanan.
Sementara itu Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihak polis telah membuka kertas siasatan mengenai beberapa orang individu yang mengenakan pakaian seakan-akan pakaian rasmi atau pakaian istiadat pasukan beruniform.
Kertas Siasatan dibuka mengikut Seksyen 140 Kanun Keseksaan; Seksyen 50(3) Akta Pertubuhan 1966 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM).
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Semuanya Benar Belaka. Tiada Yang Tidak Benar Mengenai Addendum DS Najib.