Kuala Lumpur, 6 Dec 2025, 3.00 petang – BERGEMA laungan kata-kata kesyukuran terhadap Allah S.W.T oleh para hadirin yang berhimpunan di depan Istana Kehakiman di Putrajaya sebentar tadi apabila hakim Mahkamah Rayuan telah mengesahkan kewujudan Addendum mengenai baki hukuman bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sepatutnya dijalankan dirumah mengikut titah perintah mantan Yang di-Pertuan Agong iaitu Sultan Abdullah yang kini merupakan Sultan Pahang Darul Makmur.
Apa yang menarik perhatian di dalam Mahkamah adalah peristiwa dimana hakim merasa terganggu dengan yang mungkin juga merasa terkejut apabila sewaktu hakim telah bersedia untuk mendengar rayuan mengenai kes tersebut, apa yang dilihat olehnya adalah kenyataan dari pihak Istana yang membuktikan wujudnya addendum mengenai tahanan di rumah DS Najib dan tiada sebarang surat atau kenyataan dari pejabat Peguam Negara untuk mencabar addendum tersebut. Apabila tidak ada sebarang surat mencabar atau bantahan dari pihak Peguam Negara itu bermakna seolah-olah mereka ( pihak Peguam Negara ) mengakui akan kewujudan addendum itu.
Hakim Mahkamah turut menyelar pihak pejabat Peguam Negara kerana kegagalan menjawab status addendum berkenaan. Di atas keputusan Mahkamah Rayuan yang dicapai hari ini, maka telah pun diperakui bahawa addendum tersebut sememangnya wujud dan yang menjadi persoalan sekarang siapakah yang mengarahkan addendum tersebut supaya tidak dikeluarkan? Siapakah sebenarnya dalang di dalam permainan ini yang begitu berani menyorokkan titah addemdum itu dan tentunya dipandangan umum ia dianggap sebagai penderhaka??
Dengan keputusan pada 6 Januari 2025 ini, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memenangi kes ini dengan keputusan 2-1. Kes ini akan dibawa balik ke Mahkamah Tinggi dan pada tarikh pada 13 Januari 2025 akan ditentukan tarikh perbicaraan.
Persoalan yang panas dari orang ramai, terdapat kementerian yang menafikan kewujudan addendum tersebut??dengan mengatakan ianya hanya ” hearsay “. Apakah reaksi mereka selepas mendapat keputusan dari Mahkamah Rayuan ini.?? Siapa yang menipu dan siapa yang patut rasa malu??
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Rakyat Malaysia Perlu Berhati-Hati Dengan Penyakit Human Metapneumovirus (HMPV)