PIKM Akan Memastikan Ahlinya Mematuhi Perintah Gaji Minimum RM1,700 Mulai 1 Feb 2025.
Mohammad Ubaidillah menegaskan bahawa perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia itu akan dipatuhi dengan sebaik mungkin.

Kuala Lumpur, 5 Dec 2025, 2.00 petang – PRESIDEN Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) Datuk Mohammad Ubaidillah Enam@Iman, berkata, beliau akan memastikan ahli kumpulan dibawahnya yang seramai 1,126 mematuhi Perintah Gaji Minimum 2024 sejumlah RM1,700 yang berkuat kuasa mulai 1 Februari depan.

Mohammad Ubaidillah menegaskan bahawa perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia itu akan dipatuhi dengan sebaik mungkin.

PIKM merupakan kumpulan pengawal yang berkhidmat bagi syarikat keselamatan dan diberi lesen oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Oleh itu PIKM mengingatkan ahli-ahlinya agar terus fokus untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti.

Pada masa yang sama, PIKM juga meminta supaya pihak yang terbabit memahami keperluan operasi yang akan melibatkan ahli-ahlinya selaras dengan syarat dan terma kontrak masing-masing dalam perkhidmatan keselamatan.

Mohammd Ubaidillah juga menggalakkan kumpulannya supaya membuat perancangan yang lebih teliti terutama dalam mendapatkan keuntungan perniagaan dan tidak lupa untuk memastikan mereka sentiasa berada di dalam keadaan sihat dengan persekitaran yang bersih dan kompetitif.

Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri dan telah diwartakan secara rasmi melalui Perintah Gaji Minimum 2024 P.U. (A) 376 yang berkuat kuasa pada 4 Disember lalu, semua industri termasuk sektor keselamatan tertakluk mematuhi pelaksanaan kadar gaji minimum baharu tanpa sebarang pengecualian bermula 1 Februari depan.

Penangguhan kuat kuasa gaji minimum RM1,700 hanya diberikan terhadap majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh enam bulan iaitu akan bermula 1 Ogos depan. Perkara ini telah diselaraskan melalui pengisytiharan perintah itu dalam warta rasmi. kadar gaji minimum terkini ini terpakai kepada semua pekerja tempatan dan asing dalam sektor swasta.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

JPM (Hal Ehwal Agama) Kesal Dengan Pemimpin Politik Yang Mencetuskan Polemik Konsep PendekatanMadani.