Kuala Lumpur, 4 Dec 2025, 9.00 malam – JABATAN Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) amat kesal dengan sikap sesetengah pemimpin politik yang sengaja mencetuskan polemik terhadap konsep dan pendekatan Madani yang menjadi gagasan negara hari ini. Tindakan melabelkan pendekatan Madani sebagai Madani Jahiliah dan seumpamanya adalah amat keterlaluan dan mendukacitakan.
Hakikatnya, konsep Madani yang diperkenalkan YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri adalah satu gagasan murni untuk mengangkat semula martabat negara. Konsep Madani telah diterima secara menyeluruh oleh sarjana Islam sebagai bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Konsep Madani juga menekankan pendekatan pembangunan negara yang bersifat syumul, holistik dan komprehensif dari aspek rohani dan jasmani.
Umat Islam perlu berwaspada dengan usaha mana-mana pihak yang sengaja menimbulkan polemik pemikiran keagamaan bagi meraih kepentingan tertentu.
Sempena lembaran baharu tahun 2025, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyeru semua pihak agar memperkukuh perpaduan untuk membangunkan negara demi kepentingan rakyat.
Maklum balas dari pemerhati politik:
Mungkin ada kebenaran berbagai pemimpin parti politik sering memperdebatkan konsep dan pendekatan Madani ini. Tetapi pernahkah pihak tertentu mengkaji mengapa konsep Madani itu menjadi polimik atau sentiasa diperbualkan? Rakyat hari ini sering melaungkan sikap tidak puas hati terhadap pelaksanaan agenda bahawa pendekatan kerajaan gagal menangani isu ekonomi, keadilan sosial dan penjajahan ekonomi era moden.
Masalah ekonomi yang dihadapi oleh orang ramai terutama golongan B40 dan M40 langsung tidak berkurangan dalam tempoh dua tahun ini. Pandangan itu memang disokong oleh pelbagai tinjauan pendapat yang dikeluarkan oleh berbagai pihak.
Jika ada pemimpin politik yang dikatakan sengaja mencetuskan polimik terhadap konsep Madani ini, ianya harus dilihat dan ambil sebagai satu cabaran serta segerakan perubahan yang positif supaya tiada pihak yang boleh mengkritik lagi.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Jalinan Kerjasama Antara SPRM Dan JPJ Telah Berjaya Memberkas Individu Terbabit Kes Rasuah Puspakom.