Jalinan Kerjasama Antara SPRM Dan JPJ Telah Berjaya Memberkas Individu Terbabit Kes Rasuah Puspakom.
Individu tersebut telah diserahkan oleh JPJ kepada SPRM dan ditahan selepas dirakam keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya. Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 16(b)(A) Akta SPRM 2009.

Kuala Lumpur, 4 Dec 2025, 3.00 petang – HASIL kerjasama strategik antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah membawa kepada penangkapan seorang individu yang disyaki terlibat dalam kes rasuah berkaitan pemeriksaan kenderaan berat di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) di ibu negara.

Individu tersebut telah diserahkan oleh JPJ kepada SPRM dan ditahanĀ  sebaik saja dirakam keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya. Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 16(b)(A) Akta SPRM 2009.

Siasatan awal telah mendapati suspek membuat bayaran rasuah berjumlah ratusan ringgit bagi setiap kenderaan yang diperiksa, sebagai balasan untuk meluluskan pemeriksaan kenderaan berat di PUSPAKOM.

Penangkapan ini mencerminkan komitmen teguh SPRM dan JPJ dalam memastikan integriti proses pemeriksaan kenderaan terus terpelihara dan bebas daripada sebarang amalan rasuah.

SPRM menegaskan komitmennya untuk terus memerangi rasuah, khususnya yang melibatkan sektor penguatkuasaan, demi memastikan perkhidmatan awam di negara ini kekal telus, berintegriti, dan dipercayai rakyat.

Sebaik-sebaiknya, semua agensi kerajaan mengadakan kerjasama seperti menjalankan serbuan bersama sekiranya terdapat laporan salah guna kuasa atau kegiatan rasuah supaya proses penahanan dapat dijalankan dengan pantas. Kembalikan keyakinan rakyat kepada jabatan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan di dalam memerangi rasuah dan salah guna kuasa yang tidak pernah menemui nokhtah.

#SPRMbersamarakyat

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Rakyat Digesa Tidak Menyertai Sebarang Perhimpunan Yang Dianjurkan Oleh Mana-Mana Pihak.