

Kuala Lumpur, 3 Jan 2025, 9.00 malam – Polis DiRaja Malaysia ( PDRM ) telah mengeluarkan arahan supaya orang ramai tidak menyertai Perhimpunan Solidariti Untuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan diadakan pada 6 Jan 2025 di hadapan Istana Kehakiman Putrajaya.
Perkara ini telah diputuskan oleh kerana menurut dan menghormati titah kenyataan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong demi menjaga ketenteraman dan keselamatan awam. Semua rakyat dikehendaki sentiasa mendukung prinsip Rukun Negara terutama Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan Dan Kesusilaan.
Baru-baru ini, parti PAS membuat saranan kepada ahli-ahlinya untuk berhimpun untuk menyatakan sokongan terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendapatkan keadilan untuknya berkaitan addendam oleh mantan Yang di-Pertuan Agong iaitu Sultan Abdullah yang kini merupakan Sultan Pahang.
Pada masa yang sama, Umno juga turut menyarankan ahli-ahlinya supaya keluar beramai-ramai bagi memberi sokongan moral dan menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri Najib dan mengharapkan agar beliau diberi hak untuk menghabiskan tempoh hukumannya dirumah dan seterusnya diberi kebebasan sepenuhnya.
Sejak Mufakat Nasional mengalami keruntuhan, ini merupakan kali pertama kedua-dua parti politik Melayu terbesar ini berhimpun di atas satu tujuan iaitu menuntut keadilan bagi Datuk Seri Najib Tun Razak.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita: