Polis Siasat Video Cubaan Menyebarkan Agama Kristian Oleh Warga Asing Di Pasar Raya.
Semua pihak adalah dimohon untuk bertenang dan memberikan kepercayaan penuh kepada pihak Polis Diraja Malaysia dalam membuat siasatan terperinci.

Kuala Lumpur, 3 Jan 2025, 6.00 petang – JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) meminta kepada orang ramai terutama seluruh umat Islam di Malaysia supaya bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan mengenai tular sebuah video yang menyiarkan rakaman beberapa orang warga asing yang dikatakan cuba menyebarkan ajaran agama Kristian di sebuah Pasar Raya di Desa Setapak baru-baru ini.

Sehubungan itu pihak Jakim telah mengeluarkan satu kenyataan media supaya apa apa tindakan yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara perlulah dihentikan kerana ia boleh membawa keresahan orang ramai dan pada masa yang sama mampu menggugat keselamatan negara sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti rasa tidak puas hati dan marah oleh pihak tetentu yang boleh menimbulkan ketegangan suasana dan menjejaskan keharmonian negara.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 54 saat memaparkan tiga individu termasuk dua lelaki warga asing yang dirakam cuba menyebar risalah agama Kristian di tempat awam di Desa Setapak, di sini, Isnin lalu. Seorang individu telah membuat rakaman mengenai kejadian itu dan seterusnya membuat laporan kepada pihak polis pada kira-kira jam 10.19 malam.

Sehingga kini, pihak polis sedang berusaha  mengesan tiga individu terbabit sedang dilakukan bagi membantu siasatan. kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 298A, Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan berkaitan sebarang perlakuan yang menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan atau permusuhan, kebencian atau niat jahat atas alasan agama.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Hanya Rakyat Sahaja Yang Tahu Jawapan Sama Ada Rombakan Kabinet Berkesan Atau Tidak.