Kuala Lumpur, 3 Jan 2025, 3.00 petang – PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat rombakan Kabinet yang bertujuan untuk memastikan kerajaan lebih resposif terhadap isu inflasi dan pertumbuhan ekonomi negara. Walau apa pun tindakannya, hanya rakyat sahaja yang tahu jawapan sama ada rombakan kabinet berkesan atau tidak.
Selain dari itu, ia dilihat sebagai satu tindakan dan usaha untuk mengukuhkan pentadbiran di dalam mendepani pelbagai cabaran buat masa kini dan akan datang.
Di dalam rombakan tersebut, tiga menteri utama telah digantikan termasuk Menteri Kewangan sekarang yang dijawat oleh seorang tokoh ekonomi terkemuka dari sektor bukan kerajaan.
Rombakan Kabinet ini memberi reaksi berbagai pihak iaitu ada yang memuji tindakan ini sebagai proaktif dan ada juga pendapat lain yang menyatakan skeptikal atau ragu-ragu mengenai keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri.
Dari pandangan pihak pembangkang pula, mereka menyifatkan keputusan itu sebagai helah politik yang mungkin untuk mengalihkan pandangan umum terhadap isu semasa yang sedang hangat diperbincangkan sebagai contoh isu ‘ Perhimpunan Solidariti Najib’ yang akan berlangsung pada 6 Jan 2025 akan datang dan termasuk isu dana awam.
Seluruh rakyat Malaysia sedang memerhatikan dan akan menilai rombakan Kabinet ini untuk melihat apakah ia akan memberi kesan yang baik seperti yang diharapkan.
Tumpuan pastinya terhadap sektor ekonomi sama ada ia akan berubah untuk meletakkan Malaysia ke landasan yang lebih maju atau sama tidak berubah sepertimana sekarang.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Sanggup Merasuah Dan Dirasuah Hanya Untuk Mendapatkan Gelaran “Datuk Seri”.