
Kuala Lumpur, 2 Jan 2025, 6.00 petang – KERAJAAN Perpaduan dibawa pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan akan tergugat sekiranya parti MIC dan MCA akan menyertai dan bergabung dengan Umno di dalam Perhimpunan Solidariti untuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang akan diadakan di adakan diperkarangan Istana Kehakiman Putrajaya pada 6 Januari ini.
Kedua-dua komponen Barisan Nasional ( BN) ini dikatakan mungkin akan mengikut serta dalam perhimpunan itu yang juga akan disertai oleh parti PAS yang dikatakan mahu memberi sokongan moral dan memohon keadilan bagi pihak Najib.
Beberapa orang penganalisis politik mengatakan sekiranya kedua-dua komponen BN itu menyertai perhimpunan solidariti tersebut ada kemungkinan ia boleh mengugat kestabilan politik Kerajaan Perpaduan yang kini di anggotai oleh pelbagai parti iaitu UMNO, DAP dan PKR. Dalam erti kata lain, penyertaan tersebut akan memberi satu impak yang besar terhadap kedudukan Kerajaan Perpaduan dan tanggapan rakyat terhadap ketulusan kerajaan pada hari ini.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Menteri Didakwa Terima Rasuah RM10 Ribu Dari Setiap Seorang Untuk Mendapatkan Kerakyataan??.