![Menteri Didakwa Terima Rasuah RM10 Ribu Dari Setiap Seorang Untuk Mendapatkan Kerakyataan.](https://prezcom.my/wp-content/uploads/2025/01/WhatsApp-Image-2025-01-01-at-22.43.04.jpeg)
Kuala Lumpur, 1 Jan 2025, 9.00 malam – DIWAKTU berita pengumuman oleh Kerajaan Perpaduan mengenai perlaksanaan pembaharuan kad pengenalan ( IC ) baharu, terbit satu dakwaan yang mengaitkan seorang menteri yang dikatakan menerima sebanyak RM10,000 sebagai habuan atau rasuah bagi setiap seorang dari golongan tertentu untuk mendapatkan kerakyatan sebagai rakyat Malaysia.
Berita ini sungguh aneh sekali kerana sehingga kini tiada sebarang kenyataan rasmi yang dibuat dari pihak kerajaan berkenaan perkara ini yang dianggap serius kerana ia melibatkan status seorang menteri. Spekulasi ini seakan-akan ada agenda yang tersembunyi oleh pihak tertentu bagi mengukuhkan kuasa politik mereka.
Disebabkan perkara ini masih kabur dan tiada kata-kata rasmi dari mana-mana pihak terutama pihak kerajaan, para pemerhati politik menggesa agar orang ramai tidak terpengaruh dengan cerita yang belum ada kesasihannya kerana jika ia disebarkan tanpa bukti yang nyata ini akan merosakkan reputasi menteri dan sekiranya siasatan dijalankan ia akan terganggu kerana terlalu banyak spekulasi dari orang-orang yang tidak bertanggungjawab yang gemar mengembar gembur perkara yang belum pasti.
Isu ini juga memerlukan siasatan yang terperinci bagi memastikan integriti dan kepercayaan terhadap badan dan institusi kerajaan tidak terjejas.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita: