
Kuala Lumpur, 1 Jan 2025, 3.00 petang – Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pernah menegaskan bahawa, jika mahu Kerajaan Perpaduan yang memerintah Malaysia pada hari ini berada di dalam keadaan stabil, pendapat Barisan Nasional (BN) harus didengari untuk menampakkan kesimbangan di dalam gabungan pentadbiran di antara BN dan juga PH. Apabila timbul perbalahan di antara pemimpin dari kedua-dua parti, tentunya timbul persoalan, adakah pemimpin Umno kini berada di dalam dilema sama ada mahu terus berkerjasama dengan PH atau bergerak solo?
Dalam apa juga keputusan, masing-masing perlu merujuk antara satu sama lain supaya tidak timbul salah faham yang boleh memecahkan gabungan itu dan seterusnya berkemungkinan akan lemah dan tewas di dalam PRU akan datang. Dari apa yang dilihat oleh rakyat sepanjang dua tahun pentadbiran ini, pemimpin peringkat bawahan iaitu Ahli Parlimen BN dan DAP sering dilihat menghadapi kontroversi dan sering menyarankan supaya mereka meletakkan jawatan.
Bagaimana Gabungan dua parti terbesar di dalam kerajaan ini boleh berada di dalam keadaan aman sekiranya pemimpin bawahan mereka sering bergaduh ? Bukan itu sahaja, malah berlaku saman menyaman yang boleh mengakibatkan kedua-dua belah pihak hilang kelayakkan sebagai Ahli Parlimen jika tersabit kesalahan. Dari hari ke hari sering timbul perbalahan terutama melibatkan Ketua Pemuda Umno dan beberapa pemimpin muda dari parti komponen lain di dalam Kerajaan Perpaduan.
Di dalam satu petikan sebuah akhbar tempatan, seorang pemimpin paling kanan di dalam Umno begitu menentang perpaduan di antara Umno dan PKR dari sebelum PRU 15 sehingga kini dan beliau telah pun betindak menjauhkan diri dari Umno diatas keputusan yang dibuat oleh Presiden Umno untuk bersatu sebagai kerajaan selepas PRU 15 itu. Bukan setakat itu sahaja, ramai dikalangan ahli-ahli yang aktif di dalam Umno turut meninggalkan parti dan kebanyakkannya menyertai BERSATU sebagai tanda protes terhadap presiden.
Sampai bila Umno akan melihat sahaja kehilangan Ahli Parlimen dan Ahli Majlis Tertinggi Umno yang dibuang dari parti atau menarik diri keluar dari parti akibat dari tiada sefahaman di antara pucuk pimpinan dan pemimpin diperingkat bawahan ?? Untuk menyelesaikan perkara sebesar ini adakah Umno perlu keluar dari Kerajaan Perpaduan dan tidak perlu berkerjasama di dalam PRU 16 atau teruskan menjalinkan kerjasama walaupun kemungkinan akan kehilangan banyak lagi pemimpin bawahan dan ahli Umno akibat dari keputusan yang tidak memihak kepada majoriti ahli Umno dan pemimpin peringkat bawahan.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Perancangan Pentadbiran Negara Bagi Tahun 2025. Adakah Lebih Mencabar ??