Kuala Lumpur, 30 Dec 2024, 9.00 malam – EKORAN dari insiden seorang wanita diperdaya oleh seorang juru jual korset beberapa hari yang lalu, pihak KPDN ada mengeluar beberapa saranan untuk membantu para pelanggan yang mendapati diri mereka cuba ditipu atau diugut oleh penjual atau agen jualan langsung yang seakan memaksa supaya pelanggan membeli produk mereka.
👩🏽”𝘼𝙬𝙖𝙠 𝙠𝙚𝙣𝙖 𝙟𝙪𝙜𝙖 𝙗𝙚𝙡𝙞 𝙗𝙖𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙖𝙬𝙖𝙠 𝙙𝙖𝙝 𝙘𝙪𝙗𝙖 𝙣𝙞!”
👩🏻”𝙀𝙝, 𝙩𝙖𝙙𝙞 𝙖𝙠𝙖𝙠 𝙘𝙖𝙠𝙖𝙥 ‘𝙁𝙧𝙚𝙚 𝙏𝙚𝙨𝙩𝙞𝙣𝙜’. 𝙎𝙖𝙮𝙖 𝙗𝙚𝙡𝙪𝙢 𝙡𝙖𝙜𝙞 𝙗𝙪𝙖𝙩 𝙠𝙚𝙥𝙪𝙩𝙪𝙨𝙖𝙣 𝙣𝙖𝙠 𝙗𝙚𝙡𝙞 𝙖𝙩𝙖𝙪 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠.”
𝗛𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗚𝗨𝗡𝗔 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗠𝗘𝗠𝗜𝗟𝗜𝗛
Seseorang peniaga tidak boleh memaksa atau mempengaruhi keputusan pembelian pelanggan. Sebagai pelanggan, kita bebas memilih barang atau perkhidmatan berdasarkan maklumat yang diperoleh mengikut keperluan, kemampuan, cita rasa dan rasional masing-masing.
Peniaga atau ejen jualan mempunyai berbagai teknik untuk melariskan perniagaan mereka. Ini termasuk memperdaya pelanggan dengan berbagai cara dan mempromosikan produk mereka walaupun ada kala produk itu bukan sebaik yang mereka gambarkan kepada pelanggan.
𝑲𝒊𝒕𝒂 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒈𝒖𝒏𝒂, 𝑷𝒊𝒍𝒊𝒉𝒂𝒏 𝒅𝒊 𝑻𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑲𝒊𝒕𝒂.
#KPDN
#KPDNKITA
#MalaysiaMadani
#penggunabijak
#KitaPengguna
#hakmemilih
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
MPOB Mengingatkan Pembeli Atau Dealer Supaya Memperbetulkan Penimbang Agar Tidak Dituduh Menipu??