Kuala Lumpur, 30 Dec 2024, 3.00 petang – MENTERI Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, Mulai tahun 2025 ini, syarat telah pun diletakkan kepada para pembeli atau ‘dealer’ supaya memperbetulkan penimbang masing-masing dan tidak mahu lagi ada rungutan dari pekebun kecil mengatakan penimbang menipu atau tidak betul.
Salah satu syarat yang diletakkan adalah jika peraturan tidak diikuti maka lesen mereka tidak akan dibenarkan untuk diperbaharui. Banyak aduan yang diterima oleh Datuk Seri Johari mengatakan dealer tidak timbang atau salah timbang dan beberapa alasan lain yang berkaitan dengan dealer dan penimbang.
Resit perlu diserahkan kepada pekebun kecil dengan butir yang lengkap dengan maklumat jumlah berat, tan dan kadar hasil minyak (OER) sebenar, sebagaimana ditetapkan oleh Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
Menurutnya, sebagai pengeksport kedua terbesar minyak sawit, Malaysia perlu berusaha untuk kekal berdaya saing dengan meningkatkan pengeluaran.
“Sama ada minyak sawit, getah, kacang soya, bunga matahari, gandum, atau koko (semuanya) ditentukan oleh aspek penawaran dan permintaan.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita: