Jangan Lupa Kenaikan Harga Barang Sedang Menanti Pelanggan Disebabkan Kenaikan Gaji.
Kenaikan tangga gaji ini sememang satu inisiatif yang baik dari kerajaan, namun, bukan semua merasa selesa dengan kenaikan gaji ini.

Kuala Lumpur, 26 Dec 2024, 12.00 tengahari – KERAJAAN MADANI komited dalam memastikan pendapatan rakyat yang lebih baik. Mulai 1 Februari 2025, kadar gaji minimum dinaikkan dari RM1,500 kepada RM1,700 sebulan. Selain itu, semua pekerja bukan warganegara diwajibkan mencarum KWSP secara berfasa. Keutamaan juga diberikan kepada kesejahteraan perumahan mampu milik untuk rakyat.

Kenaikan tangga gaji ini sememang satu inisiatif yang baik dari kerajaan, namun, bukan semua merasa selesa dengan kenaikan gaji ini. Tetapi akan ada kesan sampingan yang lain meskipun dilihat ia sebagai berita menggembirakan kepada pekerja lain. Tetapi jangan lupa kenaikan harga barang juga sedang menanti para pelanggan.

Bagi golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40), masing-masing perlu bijak menguruskan keluar atau masuk pendapatan bulanan. Ini berkemungkinan kenaikan mungkin sedikit kecil tetapi diri mereka sendiri perlu berusaha untuk menambah pendapatan dengan cara sendiri.

Mungkin ada yang merasakan jumlah itu sedikit, tetapi amat besar ertinya kepada mereka yang sedang ‘berjuang’ dalam kehidupan terutama dengan kos sara hidup yang tinggi, maka tiada pilihan lain iaitu terpaksa menerima kerana ia lebih baik dari tidak mendapat apa apa kenaikan langsung.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita :

 

Bercakap, Berbincang Dan Berterus Terang Adalah Salah Satu Cara Mudah Untuk Mengatasi Masalah Mental.