Bercakap, Berbincang Dan Berterus Terang Adalah Salah Satu Cara Mudah Untuk Mengatasi Masalah Mental.
Jangan berdiam diri jika ada masalah, bercakap dan berbincang serta berterus terang untuk melepaskan rasa yang terpendam di hati.

Kuala Lumpur, 25 Dec 2024, 9.00 malam – PERKARA yang paling berkesan melindungi kesihatan mental kita  adalah lebih mudah daripada yang kita fikirkan. Kita semua boleh melakukannya setiap hari, dan dengan aktiviti mudah yang boleh membantu kita berasa lebih baik dan segar serta lebih mampu untuk menghadapi kehidupan.

Sama seperti memberus gigi setiap hari, ia adalah penting untuk mencegah masalah gigi yang rosak, kita perlu menjaga kesihatan mental dengan cara yang sama iaitu jangan letakkan diri kita di dalam situasi yang tertekan. Lepaskan segala-galanya dengan bercakap dan berbincang serta perlu berterus terang.

Setiap petua yang ada di dalam kehidupan telah dicipta untuk membantu kita dalam  menjaga kesihatan diri dan mental. Paling penting, setiap satu perkara disokong oleh bukti daripada penyelidikan, termasuk kajian terobosan Yayasan Kesihatan Mental.

Cara atau petua dari pakar sakit mental atau dikenali sebagai pakar sakit jiwa akan mengesyorkan beberapa cara untuk menjadi lebih mudah. Mengapa perlu berdiam diri? Kita perlu mencuba untuk melihat melihat mana yang paling sesuai dengan kita ?

Mencuba perkara baharu kadangkala boleh mendatangkan rasa tidak selesa, tetapi akan menjadi lebih mudah apabila kita mengamalkannya setiap hari.

Satu perkara yang perlu diingat, tiada seorang pun daripada kita yang sempurna. setiap orang ada kekurangan, dan setiap orang ada kekuatan yang boleh membantu untuk menyelesaikan masalah. Setiap penyakit ada ubatnya, namun jika penyakit tetap berterusan, berhubunglah dengan pakar yang sesuai dengan penyakit yang anda hidapi.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Jakim Tidak Melantik Orang Tengah Sebagai Perunding Untuk Mendapatkan Sijil Halal Jakim.