Kuala Lumpur, 26 Dec 2024, 9.00 malam – DEWAN Ulamak PAS Pusat ( DUPP) menegaskan bahawa hukuman sebat secara terbuka didepan umum tidak berniat untuk mengaibkan atau menjatuhkan maruah seseorang individu, tetapi ia merupakan satu bentuk hukuman yang akan membawa keinsafan kepada si pelaku dan dan amaran kepada orang ramai agar tidak melakukan perkara yang sama walau dimana mereka berada.
Justeru itu, DUPP ingin menasihati Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) agar tidak membuat sebarang kenyataan berhubung hukuman sebat tersebut bagi mengelak disalah ertikan oleh orang ramai yang berkemungkinan boleh menimbulkan rasa ketakutan atau rasa kurang selesa dikalangan rakyat. Selain itu, DUPP juga berpendapat SUHAKAM seolah-olah mempertikaikan bidang kuasa negeri.
Menurut DUPP lagi, perlaksanaan hukuman sebat yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah Terengganu itu mengikut undang-undang yang sah ke atas pesalah dan tidak bertentangan dengan Kuasa Negeri dalam Senarai 11 Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Selain itu, keputusan pihak hakim Mahkamah Syariah Negeri seharusnya dihormati dan tidak perlu dibantah.
DUPP berpendapat, SUHAKAM perlu bertindak lebih adil dengan memandang hak asasi dari segi agama juga tidak semata – mata menjaga hak asasi manusia sahaja yang dipercayai dibawa oleh pengaruh barat. DUPP juga menasihatkan SUHAKAM supaya tidak mengenepikan semua perkara mengikut hak asasi manusia. Hak asasi agama juga harus dinilai sedalam-dalamnya.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita: