MyCC kesal terhadap tindakan terkini beberapa persatuan yang mengumumkan kenaikan harga atau menetapkan harga minimum perkhidmatan atau barangan termasuk mengenakan syarat perdangangan baru.
Kuala Lumpur, 23 Dec 2024, 6.00 petang – SURUHANJAYA Persaingan Malaysia (MyCC ) kesal terhadap tindakan terkini beberapa persatuan yang mengumumkan kenaikan harga atau menetapkan harga minimum perkhidmatan atau barangan termasuk mengenakan syarat perdangangan baru yang didapati memberi kesan negetif secara langsung kepada kos sara hidup rakyat.
Pengumuman itu sebenar adalah cubaan untuk mengaburi mata rakyat dan ia adalah keputusan persatuan yang berbaur kartel.
Ia juga dilihat sebagai keputsan rahsia dengan harapan tindakan mereka tidak dapat dikesan kerana sudah melanggar undang undang persaingan.
Ia amat membimbangkan kerana membabitkan sektor sektor penting antaranya pengangkutan, perkhidmatan jagaan, kesihatan dan makanan yang merupakan keperluan asas rakyat.
Melalui Pindaan Akta Persaingan 2010 yang akan dibentang pada awal tahun depan, kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan MyCC akan diperkasakan lagi untuk memastikan perlaku sabotaj ekonomi seperti ini ditangani dengan lebih efektif melalui penalti yang lebih berat.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Pekerja Perlu Dihormati Seperti Keluarga. Mereka Tidak Boleh Dizalimi.