
Kuala Lumpur, 20 Dec 2024, 12.00 – MAJIKAN bertanggungjawab terhadap pekerja dan perkerja bertanggungjawab terhadap tugas yang diberi. Ini bermakna majikan dan pekeja mempunyai hubungan istimewa iaitu bergantung diantara sama lain. Hubungan diantara pekerja dan majikan sememangnya akrab oleh itu pekerja seharusnya dilayan seperti keluarga namun tetap ada batasnya.
Pekerja juga wajib menghormati majikan kerana mereka adalah orang-0rang yang bertanggungjawab ke atas diri setiap pekerja dan ada ketika kesalahan yang dilakukan oleh pekerja terpaksa ditanggung oleh majikan. Kebajikan setiap perkerja dan keluarga juga adalah dibawah jagaan majikan melalui apa yang tercatit di dalam surat tawaran untuk pekerja sebelum mereka memulakan tugas.
Begitu juga dari sudut agama dimana agama Islam melarang sebarang bentuk kezaliman ke atas pekerja. Agama Islam menitikberatkan kebajikan pekerja dan memberi peringatan keras kepada majikan yang menzalimi pekerjanya. Keadilan terhadap pekerja melambangkan kesempurnaan iman kita. Jom jadikan tempat kerja lebih harmoni dan diberkati.
Sebagai majikan, berikan hak pekerja dengan adil. Sebagai pekerja, tunaikan tugas dengan ikhlas. Ini bukan hanya soal tanggungjawab, tetapi juga soal amanah di hadapan Allah SWT. Buang sikap pilih kasih terhadap pekerja dan tidak seharusnya hanya menumpukan kepada kumpulan tertentu kerana itu boleh menimbulkan suasana kerja yang kurang kondusif terhadap keseluruhan syarikat dan kakitangan.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
t