
Kuala Lumpur, 17 Dec 2024, 4.00 petang – PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mengesahkan berlakunya perbincangan awal berhubung penyertaan Tengku Zafrul ke dalam PKR yang kini menjadi bualan hangat dikalangan parti politik. Anwar menegaskan bahawa parti PKR secara terbuka bersedia berunding dengan mana-mana pihak terapi harus dirundingkan dengan cara baik. Beliau juga berkata, PKR sememangnya membuka pintu partinya kepada semua pihak sebagai contoh terdapat pemimpin PKR yang pernah menjadi Setiausaha Agung Amanah, ada pemimpin DAP yang jadi calon PKR dan ada pemimpin PKR yang jadi calon DAP.
Dalam satu kenyataan oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, perkara mengenai perbincangan awal di antara PKR dan Tengku Zafrul sememangnya dipandang serius oleh Umno dan beliau menegaskan bahawa tidak akan menerima dan membenarkan ahli atau pemimpin melompat parti walaupun berhijrah ke dalam kalangan parti yang berada di dalam gabungan Kerajaan Perpaduan sendiri.
Menurut Asyraf, sikap parti politik yang gemar mengambil ahli atau pemimpin parti lain hanya akan mengundang rasa tidak puas hati dan perkara ini mampu mencetuskan perbalahan yang boleh membawa perpecahan dikalangan komponen gabungan parti di dalam Kerajaan Perpaduan. Buat masa ini, gabungan parti politik berada di dalam keadaan stabil dan tidak tergugat walaupun sentiasa dihimpit oleh isu yang panas dikalangan Ahli Parlimen komponen kerajaan ini.
Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663) yang melarang Ahli Dewan Rakyat bertukar parti diluluskan dengan sokongan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat pada 28 Julai 2022 dengan sokongan majoriti seramai 209 Ahli Dewan Rakyat dan sokongan majoriti seramai 52 senator di Dewan Negara pada 9 Ogos 2022.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada waktu itu berkata Akta A1663 mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos dan diwartakan pada 6 September 2022.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Cara Pemikiran Negatif Boleh Menimbulkan Perasangka Buruk Terhadap Orang lain.