Hukuman Sebat Secara Terbuka Bagi Kes Khalwat Berulang Di Terengganu.
Hukuman itu yang sepatutnya dilakukan pada 6 Dis 2024 telah ditangguhkan kepada 27 Dis 2024 susulan permohonan semakan oleh Mahkamah Rayuan Syariah pada 3 Disember lalu.

Kuala Lumpur, 16 Dec 2024, 9.00 malam – SEORANG tukang rumah merupakan orangĀ  pertama di Terengganu yang dikenakan hukuman sebat secara terbuka di khalayak ramai kerana melakukan kesalahan khalwat yang berulang kali. Hukuman itu yang sepatutnya dilakukan pada 6 Dis 2024 telah ditangguhkan kepada 27 Dis 2024 susulan permohonan semakan oleh Mahkamah Rayuan Syariah pada 3 Disember lalu.

Pada 20 November lalu, Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Kamalruazmi Ismail memutuskan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd Affendi Awang, 42, mengaku salah terhadap pertuduhan yang dibacakan. Hukuman ini dijatuhkan ke atas tertuduh kerana ia merupakan kesalahan ke tiga yang dilakukan oleh tertuduh.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pelaksanaan Syariah Terengganu, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, pelaksanaan hukuman akan dilakukan di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, di sini selepas solat Jumaat.

Hukuman sebatan yang dikenakan terhadap pesalah jenayah takzir itu adalah sebagai pengajaran supaya orang lain tidak berani melakukan dan mengulangi kesalahan dan mendatangkan dosa yang besar.

Panel Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu sebulat suara telah membuat keputusan di atas hukuman itu dan maklumat lanjut pelaksanaan hukuman akan dikeluarkan oleh pihak berkuasa sebelum hukuman dilaksanakan kelak.

Sementara itu, Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu mengekalkan hukuman enam sebatan dan denda RM4,000 atau enam bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda, yang diputuskan pada 20 November lalu.

#Prezcom

Lebih Banyak Menarik:

PKR Bagaikan Tidak Menghormati Umno Sebagai Rakan Di Dalam Kerajaan Perpaduan Kerana Mencuri Pemimpin Umno??